Friday, December 28, 2018

Catatan Jumaat Terakhir 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum gaiss..
2018 hampir melabuhkan tirai nya tak lama lagi. Hari ni pun merupakan Jumaat yang terakhir. Alhamdulillah, masih sempat lagi bernafas di Bumi Allah ni.

Sebenarnya masih terkesan dengan beberapa tragedi Tsunami yang berlaku di Indonesia baru-baru ni. Banyak pengajaran aku pelajari dan ambil sebagai iktibar. Allhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita untuk bertaubat dan banyakkan lagi amalan. Sesungguhnya, aku pendosa yang ingin ke syurga.

Dengan Allah, bila kita buat jahat 1000 kali dan dengan sekali taubat nasuha, salah dan silap yang lepas tidak dikira dan taubat itu diterima. Bukan setakat taubat yang Allah terima, aib juga ditutup.

Baiknya Allah. :')

Tapi manusia, dengan 1000 kebaikan yang kita buat, tetapi 1 kesilapan atau keburukan dilakukan, yang 1 itulah akan dijaja dan kita akan dipandang hina sampai bila-bila. Aib kita di bukak sana sini.

Allahuu... :'(

Masih berlegar di kepala aku saat kena maki dan masih terkesan dengan kata-kata hinaan seorang hamba Allah ni. Sesungguhnya, aku mengaku sampai sekarang aku still tak boleh terima hinaan tu dan aku cuba lupakan je. Sepanjang tempoh tahun 2018 ni, banyak pahit manis jugak aku belajar. Belajar tentang mengenali perangai manusia yang tak pernah puas untuk dapatkan kesempurnaan. Bukankah Allah je yang sempurna di dunia ni kan..?

Maka, pandangan Allah atau makhluk yang kita nak utamakan?

Salam Jumaat terakhir gais.
Jangan lupa Kahfi dan perbanyakkan selawat.


🌷 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ , وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌷

Tuesday, December 18, 2018

Throwback : Interview lagi dan lagi...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Haii gaiss..!
Almost 2 bulan tak bukak belog kan..?

So aku direct to the tajuk ni la ok.. Nak share sikit la pengalaman aku dalam bilik temuduga untuk Jawatan Penolong Pegawai Imigresen KP29 yang diadakan beberapa bulan yang lepas.

Haritu dapat rezeki untuk pergi ke peringkat temuduga pulak.
Yes, memang dah kerja tapi tak salah kita carik rezeki yang lain kan..?

Actually, aku isi ni suka-suka je. Nak cukupkan kuota 15 jawatan tu la.. Sebenarnya, dah tak mengharap dah nak dapat badan beruniform ni walaupun aku minat sangat-sangat. Aku tawar hati sejak dapat ujian untuk jawatan Inspektor tahun 2016 yang lepas. Aku all out nak dapatkan jawatan tu sebab cita-cita aku daripada kecik nak jadi polis. Yes polis! But if tak dapat jadi polis, aku teringin sangat nak kerja badan uniform yang lain terutamanya bidang penguatkuasaan. Jururawat tak minat pulak. Pelik! Aku sendiri pelik..! Bak kata kawan aku, jururawat tu pun badan beruniform jugak! Hehehe. aku sendiri tak tahu kenapa tak nak jadi jururawat. Aku nak jadi polis and badan uniform yang ade lasak-lasak sikit. Padan la dengan perangai lasak aku ni.




Eh, berbalik pada temuduga ni dulu. Actually, temuduga ni la paling singkat aku pernah attend! Sebab tu aku tak yakin aku akan dapat jawatan ni. Tapi takpe, maybe bukan rezeki. Sekadar nak ambil pengalaman temuduga dan peperiksaan online tu je dah memadai. Boleh jugak aku share kat korang kan..?

Antara soalan yang ditanya, 1st sekali adalah kenapa nak mintak jawatan ni..? And kenapa nak tukar skim S kepada KP..? Actually , aku kerja skim perkhidmatan Sosial (S) buat masa ni.  Lepas dia tanya tu dia pass kepada panel sebelah pulak. Panel tu cuma mintak aku jelaskan pendapat aku pasal integriti tapi dalam Bahasa Inggeris! Hah, mendapat la kau tim. Terkulat-kulat jugak la aku. Sebabnya, aku study more to isu-isu semasa yang ada kat negara kita sekarang. Even dalam english pun aku baca! TAPI sumpah satu pun soalan isu semasa tu masuk!! ARghhh, aku rasa nak meraung je kat dalam tu. Boleh la jugak aku jawab pasal fahaman aku tentang integriti tu cuma nak ke tak nak je dia terima jawapan aku tu. Pendapat aku, soalan dia bagi ni takda betul atau salah. As long as korang faham apa maksud integriti itu sendiri. Aku rasa dorang just nak tengok cara ko menjawab, keyakinan ko bercakap dan riak wajah ko cuak ke tak cuak je! Hahaha. Aku rasa lah..!

Untuk makluman korang, tak banyak mana pun pengambilan aritu. Sebab tu malas jugak nak mengharap. Kekosongan macam yang aku dah screenshotkat bawah ni. 221 kekosongan. Calon simpanan 100 je tu pun belum tentu dapat. Haha! Sebab tak silap aku sekarang ni untuk calon simpnanan tu ada tempoh tertentu. Kalau kata perjawatan tu dah cukup, so, bai bai je la korang.


Ok lah, sekian sajaa luahan hati aku. Geram sebab punyala korek apa isu semasa kat negara sekarang tapi satu ayat pasal isu pun tarakkkk! Aiyyooo..! Nak gelak ke nak nangess weehhhhhh!

Next entry aku nak share pasal Assessment yang aku attend baru-baru ni pulak. Tunggu ada masa la tauu...! Bizi yang amat nehh.. 😝😝😝😝

Oh, lupa nak ucap tahniah pada korang yang melepasi temuduga jawatan ni. Keje elok-elok tauu tauu tauu..! Daripada ribu riban orang yang memohon, korang ni lah yang bertuah! Bangga tak bangga tuu wehh..! Kalau korang yang bertuah tu baca entry aku kali ni, say thank you la sikit kat komen wehhh.. haha! *Ade ke orang baca belog aku ni hah..* kahkahkah!

Aku sharing je tau pengalaman aku ni. Jangan korang nak samakan pengalaman korang pulak. Lain orang lain pengalaman, lain ujian hidup, lain cabarannya. Nak share, komen je kat bawah ni ok. 

Ok gaiss, love u all..! Ok baiiii...!


Wednesday, October 31, 2018

TERHEMPASNYA LION AIR JT610

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Pesawat terhempas..

Tersentak jap bila baca pasal kapal terbang Lion Air terhempas di Jawa Barat semalam.

Tak dapat nak bayangkan perasaan penumpang saat-saat sebelum kapal tu jatuh ke laut.

Bilamana kita dah tak terdaya nak buat apa-apa melainkan hanya mampu berserah kepada Allah. Perasaan helpless tu.. betapa kerdilnya kita..Allah Allah..

 Itu cara kematian mereka. Bagaimana cara kematian kita pulak nanti.. 😢

Semoga roh-roh mangsa yangg terlibat di cucuri rahmat, memang diluar kotak pemikiran utk bayangg kan jika kita berada dalam situasi mereka.
Allahu.. 😭

Takdir dari Allah tiada siapa mampu ubah dan dah tertulis di Luh Mahfuz.

Semoga Allah beri kekuatan kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban.. Amin.

Alfatihah...



Saturday, October 27, 2018

DUA TUJUH SEPULUH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


H A P P Y   B I R T H D A Y .  . . !

Semoga Allah SWT merahmati & memudahkan segala urusanmu.  🤲🏻



Wednesday, October 10, 2018

ANTA PERMANA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Salam Oktober korang!
Pejam celik dah masuk Oktober dah kita ni.. Rasa macam baru je sambut tahun baru 2018 aritu. Hahaa! Ok, i love oktober! eh, tiberr..

Dah, jom layan lagu baru idola aku ni. Best gila! Aku tak heran la kalau si Hael ni yang buat lagu. Sedap-sedap belaka.


ANTA PERMANA - DATO' SRI SITI NURHALIZA

Bicara minda
Dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai biiintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
Dibawa pawana
Iringi cintamu



Friday, September 28, 2018

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua.

Hari ni nak join satu lagi segmen.
Yang bagusnya segmen kali ni, semua peserta yang akan join akan dimasukkan ke dalam bloglist. So that boleh la korang blogwalking blog peserta yang lain disamping membantu meningkatkan traffic blog dorang kan. hihi.

 Ada saguhati penghargaan kepada 2 blogger yang terawal join segmen ini. Apa hadiahnya? korang klik dulu banner kat bawah ye. Yang pasti aku bukan 2 orang yang terawal tu.


macam biasa la korang, klik je banner untuk join ok. Gudluck semua!

Thursday, September 27, 2018

Ragaman!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Siapa tak kenal Faizal Tahir kan? Idolaaa nih! Hihi, dari mula dia masuk industri seni ni memang aku dah minat gila suara mamat ni. Lagu dia pun macam-macam genre. Memang layan lah weh. Mula dari lagu sedih, lagu happy, lagu bagi semangat, lagu patriotik, lagu keinsafan, semua dia dah ada dah. Baru-baru ni dia keluarkan lagu yang agak rare bagi aku. Ala-ala 60-an giteww. Music Video dia pun rare, siess aku sukee..! Memang best! Kelab Malam Al-Ronggeng Maju tu tak tahan tu..! Hahaha

Tapi kan, lagu kali ni nak di karoke kan macam agak susah! hhahahaha. Memang dia sorang je lah boleh nyanyi lagu ni kot. Actually dalam lirik lagu ni banyak penceritaan especially cerita pasal ragam rumahtangga. Sayang-sayang jugak kat bini tapi bebel tu totapp ada! haha. Tak silap aku dia pernah maklumkan yang lagu ni bukan lah cerita pasal rumah tangga dia, tapi rata-rata yang telah berumah tangga memang ade lah ragam macamni. Betul kan..? Angguk kepala cepat! Kisah benar tapi dalam konteks yang melucukan. Tu pendapat aku lah. Hahah, wahai wanita kat luar sana. Sila mengaku betuii ka idok..?!

Dah, korang layan dulu lagu ni ok. Mmuah!



Ragaman - Faizal Tahir

Mr Ragaman
are you home?
who's Mr. Ragaman?
Mr. Ragaman i brought my sister with me
can you tell us a stry please?

hari isnin kau berkata nak makan lasagna
dah sampai kedai nak tomyam pula
oh my god...
petang rabu nak cendol pula
biar betik...
nasiblah baik mood aku baik

puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

makan malam sudah dihidang
kau masih melaram
time tengok bola kau ajak keluar

Ya Allah...
masuk kereta baru gear dua
kau nak balik
nasiblah baik muka kau cantik

bulan puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

hanya kita berdua
sampai hari tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua
kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya...

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya...
aku sayang padanya...

Tuesday, September 25, 2018

Original Sabahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


ORIGINAL SABAHAN 

Atmosfera ft. Floor 88

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
jangan koti kau tidak percaya saya
menyesal nanti bila kau dengar ini

odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau



odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau




Tak tahu pulak yang Floor88 ni orang Sabah!
Aku suka gila lagu ni especially part bahasa Dusun tu. Boleh la jugak belajar bahasa dorang ni. Hihi, mana tauu kawen dengan orang Dusun nanti kan? Eh! 😜

Bahh, sapa orang Sabah sini..?


Love yaaa from jiran sebelah.. 💘💘💘💘


Monday, September 24, 2018

Blog Walking Segment by KasihJuju

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Syarat Penyertaan:
  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk: Blog Walking Segment by KasihJuju
  3. Letakkan banner segmen dan link kan semula ke entri ini,
  4. Follow blog Kasih Juju,
  5. Follow Facebook Page Blog Kasih Juju -->
  6. Follow Instagram Helmi Julia di www.instagram.com/helmijulia
  7. Publish dan tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja.
Segmen ini bermula dari 19 September 2018 hingga 30 September 2018 jam 11.59pm



PERASAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Perasaan - Sheryl Shazwanie

seringkali ku pandang tenang raut wajahmu
terasa seluruh raga larut dalam getar
nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

entah berapa lama harus memendam rasa
bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas di dalam hatiku sendiri

takdir cinta hadir tanpa diduga
akan ku arungi kesedihan ini

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan

perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri



Ingatkan Siti Nordiana yang nyanyi lagu ni. Selalu dengar kat radio je rupenye penyanyi baru. Hahaa! Nampak sangat iolss tak up to date kan! Jom layan lagu ni. Macam-macam perasaan dengar lagu ni. Haha. Nama tajuk pun dah perasaan kan.

Sunday, September 23, 2018

Encik Mon Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Semalam macam kecoh je pasal penggunaan straw taun depan tak boleh pakai lagi kan. Actually, aku tak tahu pun hujung pangkal cerita ni. Ape eh sebab dia tak benarkan penggunaan straw tu?

If sebab dia bahan plastik, maybe yes. Nak save our earth la kot kan. Yang tu memang aku sokong. Sebab nye aku ni pantang sikit orang main buang sampah merata-rata lagi-lagi plastik. Susah sangat ke nak nak buang sampah tu eh? Pasal penggunaan straw ni tidaklagi dibenarkan tu ada part yang aku sokong lah. Alahhh, korang kat rumah pun minum camtu je kan? Mana pakai straw beb! Tapi, aku still maaaalas nak scroll lah cerita sebenar sebab apa. Semalam tahu pun sebab terbaca orang dok posting pasai straw memanjang.
Hihi.

So aku cadangkan korang beli la bekas yang siap straw tua! Ala,macam yang budak budak bawak bekaii turun sekolah tu la.. Nak sangat kan pakai straw?! Hihi. Lagi satu, kalau bawak bekas sendiri tu ok jugak, bekas diyakini bersih kan. Kalau kat kedai, kat celah-celah gelas tak cuci elok pun kadang aku geli jugak nak minum. Plus orang kesai boleh save cost beli straw. Tapi bayaran air kene turun seposen la eh? Hihihi.

Nah, aku tunjuk korang bekas comel aku jumpa tadi. Hihi. Comel sebab ianya doraemon. 😍

Boleh bawak gi mana-mana, letak je dalam beg.


Kenapa comel sangat ni mon..?

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua!

Teringin nak join segmen and teringin nak masuk bloglist orang. Kita cuba ok. Hihihi..



Sila klik banner untuk join! Gudluck semua!



Friday, September 21, 2018

Hebahan : Hari Bertemu Pelanggan JPA Secara MAYA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss..!

Unik kan topik hari ini. Hihi. Tiba-tiba rasa nak promosi sikit untuk rakan-rakan bloggers dan hebahan umum kepada yang bukan penjawat awam. Maybe lambat tahu pasal hebahan ni kan. Kalau penjawat awam memang dah sedia tahu la kot. Kalau yang alert lah, kalau yang tak alert tu cheq tak tauu la nak kata apaa.. Hahahahahah!!

Untuk makluman korang semua, hebahan arini bukan program jabatan aku tapi ia merupakan program pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dorang ni nanti akan mengadakan Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya! Rare kan? Biasa kita dengan Program bersama pelanggan je, pihak agensi akan bukak booth, kaunter and pameran what so ever tu la kan. So, now, disebabkan duni internet hanya di hujung jari sahaja, so pihak JPA mengambil inisiatif untuk mengadakan program bertemu pelanggan secara MAYA je! Bukan Maya Karin, Maya Matahari ke apa.. Tapi secara dalam talian. Senang cerita kita panggil e-Pelanggan je. Sila lihat banner di bawah untuk tarikh dan masa program ok. 



Program ini merupakan inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bertujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan dalam talian (online) ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas.  Pelanggan/ orang ramai boleh  berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.  Talian akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Actually ni bukan julung kali dibuat dah, program kali ni adalah bilangan yang ke 5 untuk tahun ni. Maybe tak ramai yang tahu kan..? Save the date cepat! Supaya dapat korang standby apa yang nak korang tanya nanti dengan pihak JPA.

Topik perbincangan adalah seperti berikut:

Cuti/Kemudahan
Tajaan
Peperiksaan
Pengiktirafan
Tatatertib
Elaun
Pencen
Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
HRMIS
Pertukaran
Naik Pangkat
Dasar Perkhidmatan
Transformasi Perkhidmatan Awam

Program ni bukan untuk penjawat awam sahaja tau. Nak share dengan kawan-kawan dan orang awam pun boleh. Semoga segala persoalan korang nanti terjawab la nanti. Ingat tau, 27 HARIBULAN!! Aku dah backlink kat kat situ, korang tinggal nak klik je.

Save siap-siap kat planner korang ok. Sekian, hebahan hari ini. Hihihi.

Love ya..!

Tuesday, September 18, 2018

KEPURAANMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dengar lagu ni mula-mula tu aku ingat Hafiz Suip yang bawak. Lebih kurang pulak suara. Rupanya penyanyi baru. Aku pun tak pernah dengar nama penyanyi ni. Apa pun lagu dia best sangat. Chorus tu memang aku nak tujukan pada seseorang. Huhu. Eh, bukan setakat chorus lah, macam kena pulak lirik lagu ni dengan apa yang dah jadi. 😣😣 ahhhhhh, move on tim move on!!!! Ok, dengar sendiri lah lagu ni, sambil fahamkan lirik ok. Seriusss bessssst!



Kepuraanmu - Luqman Faiz

tersingkap segalanya
terang dan bersuluh
balikan kepuraan
bicara yang palsu
memusnahkan perasaan ini
terhadap mu

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat
hatimu padaku

kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat hatimu

ohh ohhh

kau hancurkan
segala janjimu
kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

haa ahhhh uhh
yang pernah mengikat hatimu
padaku


Tuesday, September 11, 2018

Salam Maal Hijrah 1440H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Tengok alam, kau akan lupa kau sedang menghadap saratnya kenderaan bersesak. Begitulah kehidupan,kau asyik melihat ujian, nikmat kau sedang terbentang luas.

Maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

View balik dari kampung. Gambar pakai Samsung je. 

Salam Maàl Hijrah 1440h. 

Monday, September 10, 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Lama tak join segmen.
Takpe, taun ni kita try ye.. sementara arini free sikit boleh membelogg sepanjang hari walaupun pakai henpon cinonet je.  hihi.

Macam biasa ye kawan-kawan, sila klik banner untuk join ok. Macam biasa jugak, kalau join segmen automatik kita boleh blogwalking and kenal bloggers yang lain kan.

Actually, belogg baru aku ni pun ciput je followers compare to my previous blog. Tapi takpe, aku buat blog untuk suka suki je, bukan sebab nak dapatkan ribu-ribu followers.
Kalau ade yang follow tu syukur alhamdulillah. Kira bonus la tewww... kikiki.. 😍


Ingat, klik banner ok!

Cuti-cuti 2019

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss!

Pasti semua tak sabar nak plan cuti next year kan? Nah, ni aku attachkan senarai public holiday untuk 2019. So dah boleh la korang rancang percutian korang dengan member and family ye!

Source : Facebook


Aku..?

Ada plan jugak tapi tak sure nak solo travel lagi ke atau dengan member. Sebab ade ex housemate ajak holiday jugak. For gegel only ok. Hihi.

Tapi.. dorang plan bulan April next year la pulak. Bulan 3 next year, aku ada event MBOR lagi dengan team KALK (Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang). Dekat sangat la pulak nak ambil cuti. Ah, pasal tu nanti je la aku story. Haha. Sepatut bulan 9 ni nak pergi tapi postponed atas sebab tertentu. Syukur jugak la postponed sebab keadaan kesihatan aku tak berapa stabil sangat sekarang ni. Kalau tak, melepas laaa nak naik santubong. Rugi je daftar. Lagipun pegi solo, hanya mengharapkan peserta lain je la jadi kawan aku nak naik nanti. Eh yang tu nanti aku share kat entry lain je la eh.

Ok, back to cuti ni tadi. So far pada kajian ringkas aku sendiri jap tadi kat website AA, ade la beberapa tempat yang murah kalau nak pergi. Cuma aku dalam dilema nak pegi mana satu ni ha.. haha!

U gaiss tolong pilih trip mana best..?

- KRABI
-PHUKET
-BANDUNG
-LOMBOK
-BALI
- JAKARTA

kalau perasan, aku ni memang suka gi pulau or pantai2 gitu. So, list tempat tu kebanyakan tempat macam tu la.. aku kurang sikit tempat shopping-shopping ni. Jakarta tu last choice, tak tau sebab ape nak pergi. Sebab nak tengok tempat orang je kot? Hihi. Yang aku tahu Jakarta ni sesak macam KL. Ahh, mesti bosan kan? 😂😂

share la jugak korang punye pengalaman or pendapat. Kalau ada iti sekali boleh la sharing kat Tim ok.

Love ya! 😘


Saturday, September 8, 2018

RINDU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Pejamkan mata. Biar kembali semula seperti dulu kala. Oh terlupa, ia kenangan semata. Sejarah yang nyata.

Rindu?

Tidak pada semua yang silam. Ada bahagian yang mahu aku lupus terus. Telah berdarah menjadi parut. Kekal di situ.

Rindu?

Pada yang manis indah dan terasa syurga. Kenang tetap kenang. Berulang tetap juga tidak. Noktah.

Lelap. Iya lelap saja.

*Rindu gilaa ngan ko beb*
.

-Brunei Darussalam-


Friday, September 7, 2018

Ujian hidup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum..

Kawan, janganlah kita cepat menghukum takdir orang lain, kerana Allah lebih tahu apa yang Allah tentukan.

Buat sahabatku dan diriku yang sedang diuji,  ujian ini singgah pada sesiapa sahaja yang terpilih. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Betapa manisnya iman, dalam keadaan begini sebenarnya hati kita sedang ditarbiah. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat lain yang dikurniakan dan semoga tabah melalui ujian ini.

Aku ni sentiasa doakan hanya yang terbaik buatmu. Believe me, u will get thru this.


Sunday, September 2, 2018

Baik buruk?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

......
Baik atau buruk..??

Andai kita fikir baik, maka yang baik akan datang.

Andai kita buruk, maka yang buruk akan datang.

Doa baik baik untuk kehidupan.
Moga Allah bantu dalam setiap urusan kita.

Sebenarnya nak carik kekuatan. Tapi..
Kena fikir baik buruk keputusan yang akan diputuskan.

Merdeka kah aku nanti?
Ataupun sekadar kepura-puraan.

Atau harus berfikir positif saja all the time supaya semuanya akan baik baik saja..?

B u n t u.

Salam kemerdekaan ke-61 semua.


Ok lah, kita buat keputusan nak ride ke hati awak terus lah. Eh? 😆 

Tuesday, August 28, 2018

We need to be alone

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Sometimes, we need to be alone for a while. We can use the time to reflect on things that matter.

 Take care of your health 😊

Any suggestion pulau2 yang best dan selamat untuk solo travel?

Venue : Rumah nenek, SA

p/s : ada orang sedang tiru kite lah.
Eh2, stalk pun jangan kantoikan dirik cik kak. Kah kah kah!  😂

Gudnight gaiss!
Gudnite mr.♡♡♡


Friday, August 24, 2018

Real Friends

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua!

Almost sebulan tak online and tak belogging. fiuuww! Dalam sebulan ni, keluar masuk hospital. Alhamdulillah dah discharge dah. Tunggu appoinment untuk bulan 10 nanti. Bila sakit ni, teringat kawan-kawan. Heheh. Nak tuju lagu ni buat kawan-kawan tersayang. Lirik lagu dia yang buat aku tersentuh sikit.

Oh lupe pulak, Selamat Hari Raya Aidiladha yang dah lepas. Raya lepas pun aku tak beraya. Malam raya tu pun kami ada program untuk sambut peserta lawatan daripada Sabah. Setengah geram pun ada, tak kan tak alert esoknya Hari Raya kot. Makluman pun 3 hari sebelum. Erkk. Ok, simpan je la geram tu. hehe. Kita layan lagu ni jap bagi sejuk sikit hati. Rindu sangat kawan-kawan yang jauh dimata dekat dihati,  yang dah menjauh, yang dekat, yang dekat tapi jauh dihati.. Ermm.. Cuma mampu doakan yang terbaik untuk kawan-kawan. Walaupun kita susah takde kawan-kawan disisi, tapi aku hargai kawan-kawan yang sudi atau terpaksa berkawan dengan aku. Nah, REAL FRIENDS!

pssst : sebelum type entry ni tergodek harddisk, terbukak pulak folder "hadiah birthday yang terlambat". Aishhhhh!!! :'(


Real Friends by Camila Cabello

No, I think I'll stay in tonight
Skip the conversations and the "Oh, I'm fines"
No, I'm no stranger to surprise
This paper town has let me down too many times
Why do I even try? Give me a reason why
I thought that I could trust you, never mind
Why all the switching sides? Where do I draw the line?
I guess I'm too naive to read the signs

[Chorus]
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

[Post-Chorus]
Oh, ohhh
Ohhh, ah

[Verse 2]
I stay up, talkin' to the moon (ooh)
Been feelin' so alone in every crowded room
Can't help but feel like something's wrong, yeah
'Cause the place I'm livin' in just doesn't feel like home

[Chorus]
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

[Post-Chorus]
Lookin' for some real friends
Oh, ohhh
Ohhh, ah

[Bridge]
I just wanna talk about nothin'
With somebody that means something
Spell the names of all our dreams and demons
For the times that I don't understand
Tell me what's the point of a moon like this
When I'm alone again
Can I run away to somewhere beautiful
Where nobody knows my name?

[Chorus]
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
And I let somebody in
But I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town, yeah

[Post-Chorus]
Oh, ohhh

Ohhh, ah



Thursday, July 26, 2018

Pandang belakang?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Pandang belakang!!!

Siapa kata kita tak perlu pandang belakang sedangkan bila pandu kereta 3 cermin kita wajib kanan  kiri dan tengah tengok!

Setiap orang perlu pandang belakang untuk Tak melakukan kesilapan dan kesalahan takkan terjadi lagi. Tim is FOBIA! Huhu.

Untuk hapuskan segala memori ni, kau ctr+alt+del saja sesiapa yang pernah sia-siakan hidup kau selama ni. Biar nampak jahat di mata semua orang,tapi sebab tak nak ingat dah.

Aku nak buang! Tak nak ingat macamana rupa, muka and whatever laa.

Nanti lagi sakit nak move on. Betuuiii dak?

Day by day, kita seloww seloww je delete mana yang dah buang and remove  kau. Supaya kau tak tengok dia, dia pun tak tengok kau. Tapi dah lama dah dia buang and tak tengok. Haha. Tampar pipi sendiri bagi sedaq sket.

Kawan-kawan banyak ada waktu aku gelak gelak. Masa aku turun naik court, urus itu urus ini. Pi jumpa kaunselor. Sampai 2 kali ujian psikologi test, dua dua result hampeh! Resultnya KEMURUNGAN!!

Time tu takdak sapa dekat. Tanya, nasihat, pillow talk. Semua tu takdak! aku nangis sorang2, aku duduk sorang diri dalam bilik. Tak makan beberapa hari. Kelua masuk pulak hospital. Alahai.. mencabar jugak hidup dah tua ni kan. Seronok nya jadi kanak-kanak dulu. ahh tu semua cerita tivi je aku rasa, kawan yang sehidup semati kononnya. Susah senang bersama. Kihkihkih. Reality nya tak banyak camtu. Kalau ada pun satu percent ja kot.

Depa gelakkan kita balik lagi ada sebenaqnya. Malu dapat kawan yang penuh dengan liku liku hidup ni. Kawan-kawan semua dah happy dengan life masing-masing. Masing-masing dah berpecah jugak. Aku cuma sekadar mengenang. Menunggu nasib dan keputusan muktamad.
Aku ctr alt del bersebab. Harapnya kita korang tak jumpa aku lagi. Harap korang tak kenal. Hehe. Aku pun Nak be alone forever. Heehe. *minggu depan dah duduk sendiri dah* melukut la di tepi gantang di rumah kecik sorang2. Menunggu masa untuk di tagging "FOR SALE". Hhehe. Bagi aku Me TIME tu ok.

Takpa, aku ada Allah. Aku yakin.

Nak ke tak nak pandang belakang..? 🤗


Sekian luahan tengah malam. 😢

Monday, July 23, 2018

Kerinduan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Korang pernah tak rasa rindu tiba-tiba kalau bangun tido. Ahh tiba tiba je ni. 😭

Rindu kat seseorang yang korang rasa korang dah tak macam dulu. Boleh mengalir jugak air mata sampai sakit dada tahan sebak tu.

Bila kita rindu sangat pada seseorang tu tapi orang yang kita rindukan tu tak pernah pedulikan kita, rasa hancur jugak hati ni.

Takpe, aku yakin, orang yang kita rindui tu jugak akan merindui kita satu hari nanti. Tapi mungkin juga dia hanya mampu bacakan alfatihah je kat kubur kita.  Aku yakin pada Allah.

Skang ni nak buat ape je? cuma mampu cakap, Ya Allah rindunyaa kat dia. Alahaii...  😢😢Pastu belek-belek gambar lama, senyum jugak sorang-sorang sebab waktu tu semua happy.

Takpe lah, aku kuatkan hati. Cuma mampu berdoa supaya Allah jaga dia.

Ok dah. Sambung tido balik. Esok nak program lagi. Rugi cuti 3 hari, sebab habis masa dgn program je. Takde family time, me time and semua la. Huhu. Jeles tengok life orang lain boleh spend time together dengan fanily tercinta.

Aku..?


Thursday, July 19, 2018

Sebab kita tak baik...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Kadang - Kadang Allah hantar orang baik dengan kita sebab kita tak cukup baik,



Dan



Kadang-kadang Allah tarik mereka balik semua sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia.



Antara rezeki terbesar dalam kehidupan kita apabila Allah hadirkan rasa bahagia melalui orang-orang yang berada di sekeliling kita.



Sentiasa Bersyukur..
Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang masih ada masa aku susah dan senang ni. Banyak sangat dah dugaan dalam hidup ni. Banyak juga jumpa ragam manusia, ragam sahabat yang kejap ada kejap tak ada.

Allah Adil tu Tim. Sebab tu dia uji kau sejauh ni. Walaupun semua kawan kau dah tak ada, tapi Allah sentiasa ada.

Syukran Ya Allah.. *lap ayaq mata*

Tuesday, July 17, 2018

rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Makan pun kena kunyah. Inikan pula rezeki. Harapkan turun bergolek-golek. Memang tidaklah jawabnya.

Pasang angan nak kurus boleh. Selagi tak diet, mana mahunya jadi. Baju tak berlipat, semakin hari bergunung Everest nanti.

Dah, pagi ni kena semangat lagi. Usaha lebih sikit dari semalam. Tuhan suka orang yang banyak usaha.

chaiyookkk tim!

Friday, July 13, 2018

KISAH ANTARA KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Dengar lagu ni rasa macam terkena pulak dengan life sendiri. Exactly the same! Ye laa, kisah antara kita tu... ermm... huhu. Korek punya korek rupanya band yang bawak, aku ingatkan penyanyi solo tadi. Lagu ni dinyanyikan oleh One Avenue Band. Aku tak sempat search lagi band ni dari mana tapi bunyi macam orang local je. Yang aku tahu lagu ni best! Taknak cakap banyak lah, jom karoke! Aku tak dapat nak attachkan link kat youtube sebab sekarang ni pc aku ni tak dapat bukak youtube. hehe. Ada masa nanti aku update la balik post ni ye. hihi...



Lirik Lagu Kisah Antara Kita

Penyanyi : One Avenue Band
Ciptaan : Reyhan
Label :  Future Music Entertainment



Mengapa terjadi
Oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku
Ku bisa mempercayakan kamu
Tanpa ku sedari
Kau mempermainkan cintaku

Sayang
Haruskah kau memperlakukan aku Sebegini
Apakah salah diriku ini terhadpmu
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maafkan aku telah mengecewakanmu
Hati ini tak dapat merubahkan apa pun
Diri ini telah dimiliki tanpa ku sedari

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali mengenali dirimu
Aku berjanji akan meneruskan
Hidupku tanpamu




Thursday, July 12, 2018

i n g a t

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Ingat. Apa yang sudah kau niat.
Ingat. Apa yang sudah kau lafaz.
Ingat. Apa yang sudah kau cakap.
Ingat. Apa yang sudah kau ungkap.

Ingat.

Semuanya saling berkait.


Jogja, 2017




Wednesday, July 11, 2018

Don't Worry

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Don't Worry.

Bukannya Allah tak tahu ko sedih ke ko kecewa ke, tapi DIA tahu ko mampu dan ko kuat Tim,.

That's why lah DIA uji kau.

Ye, dunia ni sangat melithkan dan memenatkan.
Sebab akhirat tempat kita berehat.

Harap ko sabar la yer Tim.

Thursday, July 5, 2018

Open house lagi!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalammualaikum semua.

Gi open house ke tu..? 😂
Sebelum ke open house, pesan dalam hati. Niat pergi berziarah. Rapatkan silaturrahim. Moga tak adalah pembaziran dan terlajak makan.

Nak lagi untuk yang amalkan diet sihat. Kunun!

Tetapkan apa yang kita mula. Rugi pula bila langgar pantang. Nak sihat juga adalah pilihan dan ujian.

Sabarlah sikit ya. Hihi.

Aku ni tak dapat makan sangat sebab tak lalu. Masih tak sihat lagi cuma demam panas dah ok. Tinggal batuk and sakit tekak je.

Suara aku ni dah seksi sangat serak nya. Gi meeting pun kena gagahkan diri bercakap. Suara macam ni all the time pun best jugak. Haha. Ramai kata macam ella. Kih kih kih..!

Berangan sat.

Sedap sedap semua makanan open house, apakan daya aku mampu tengok je. Makan pun satu dua jenis je.

Baekla, aku redha. Haha

Thursday, June 28, 2018

Back to reality!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua!
Berat makin turun ke naik tu? Maklumlah lemang, ketupat, rendang semua balun. Tambah sikit lagi. Nasi kandar, nasi arab, nasi hujan panas, lagi..?

Kakak maintain, kot. Makanan apa menu pun tak salah. Tekak kita tu yang kena tahan oleh nafsu ni. Alhamdulillah, nak kata turun kilo tu ada la sikit. 😊

Minggu ni dah back to reality. Ini betul-betul punya. Bukan cubaan lagi.
Kerja pun sudah banyak menanti.

Yang malangnya, Isnin masuk kerja dah ada tanda-tanda demam. Balik kerja tu terus berselimut, menggigil, sampai ke hari ni, panas tak kebah lagi. Cuma malam ni ok sikit, xmacam 3 ari sebelum ni. Sampai tak larat nak angkat. Sakit kepala yang teramat sangat, sakit sendi, sejuk yang teramat sangat. Makan ubat pun sama je. Tekak aku dah tak boleh nak telan makanan. Bubur pun tak dapat nak telan sangat. Ade ulser jugak kat tekak. Banyak pulak tu. Telan air pun sakit tahu! Ya Allah, sakit apa pulak dah ni.. Doktor kata kena jangkitan kuman. Aish, antibody aku tak kuat, asyik kena infection je skang ni. Rasa macam taun ni lagi kerap sakit berbanding sebelum ni. Malam ni tambah satu lagi penyakit, boleh flu pulak!

So lengkap semua pakej, flu, batuk, athma attack, demam panas, ulser, sakit kepala,sakit sendi!!
Dah penat minum air, tak larat asyik ke toilet je. Huhu. Kalau gi spital ni takit kena warded macam dulu, isi air bagai. Cucuk sana, cucuk sini. 😞

Beberapa hari sebelum raya pun kene sakit tu lagi, ni abes raya pun kena lagi. Alahai.. banyak betul dosa aku. Husnuzon je, Allah bagi sakit tu bersebab. 😢

Selamat hari raya lagi.
Aidilfitri 1439/2018

Tuesday, June 19, 2018

Al-Fatihah....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dukacita dimaklumkan bahawa pakcik kesayangan kami baru sahaJa menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi. Ermm, baru petang tadi aku sebut-sebut nama beliau sebab nak gi ziarah. Dah lama tak jenguk sebab beliau di Kuching. Aku pulak di Sibu.

Malam tadi pukul 10.30 malam kami sekeluarga sampai ke Sibu daripada Sri Aman, dapat berita kematian setengah jam kemudian. Ralat sangat rasa sebab tak terus pecut ke Kuching. Tak sangka beliau pergi secepat ni. Allahu, kami redha. Aku cuba redha sebab aku yang nak sangat jumpa arwah and ansyik sebut-sebut pasal dia petang tadi. 😢😢

Now, kami sekeluarga terus bergerak ke Kuching lepas setel kemas barang-barang. Adek pompuan aku terpaksa tinggal sebab tengah tunggu hari nak bersalin. Mak aku pun sampai serba salah nak tinggalkan dia. So aku decide, kene pergi malam ni jugak sebab jenazah akan dimandikan pagi esok, takut tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Allahu aku memang tak kuat, sebab aku antara yang paling rapat dengan arwah sejak kecik.

Kawan-kawan, doakan kesayangan aku ni yer. Permudahkan urusan kami, perjalanan kami ke kuching. Kami akan gerak pukul 2 ni nanti. Tipu la cakap tak penat, tak ngantuk. Sebab baru je balik dari Sri Aman tadi. Tak sempat nak rehat. So, terpaksa aku bergilir-gilir drive sebab takut adek aku ngantuk. Even tadi pun nyaris terbabas, tapi Allah masih beri kami peluang untuk hidup.

doakan kami yer..
.alfatihah untuk pakcik kesayangan. Semoga roh mu dicucuri rahmat.

Monday, June 18, 2018

UNFOLLOW?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


U N F O L L OW . . . ?

Tak apa. Hari raya, aku redha je ko remove. Mungkin ada sebab tersendiri. Haha. Namapun takpenting.mungkin kerajaan baharu ni segalanya baharu. Pendirian manusia pun boleh berubah rubah. Mungkin, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Mungkin dulu kawan sekarang lawan. Mungkin. Kita tak tahu apa dalam hati orang. Hmm.
Aku tak kesah, tapi aku sedikit terkilan.
Tipu cakap tak terasa tapi tu hak engkau.

Ni kali kedua. Macam budak-budak, padahal dah besar. Tak tahu apa alasan lagi. Biarlah. Lepas ni malas dah pun nak ambil Tahu. Nanti kang tak pasal-pasal dituduh melulu.

Ntah apa lagi cerita buruk pasal aku orang sebarkan. takpa, semua dah tepuk tangan termasuk engkau. Hehe. Tahniah la yer. Aku wish ikhlas ni. Cuma nak tahu ape ye motif semua ni? Macam-macam dah berlaku dalam hidup aku. Ape ye semua ni beb?

Sebab aku tak pernah benci kau, walau macamana pun ko cakap pasal aku, ko hina aku, ko perli perli aku. Ko buang aku bila ko dah hepi.

Takpe, aku okey.
Nakcakap satu je, “AKU TERKILAN!”


Sunday, June 17, 2018

Selamat Hari Raya!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Selamat Hari Rayaaaaa semuaa!!!!

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua pembaca dan stalker belog yang tak berapa nak belog ni. Ye aku tahu aku jenis pompuan kasaq, so ayat-ayat posting pun banyak la kasaq-kasaq. Serupa orang nya. Even dalam percakapan pun aku kasaq. Sorry for everything.

Raya baru. Raya yang aku rasakan lain dari raya sebelum ni. Bukan sebab kerajaan baharu. Hehe. Takpe, tak perlu nak dicerita sangat.

Bakal jodoh, sorry ok. Walaupun sedondon, kita raya asing-asing dulu. Kah kah kah! Pagi-pagi dah message say ‘selamat hari raya jodoh’. Eh! 🤣  kalau ada jodoh, berjodoh la kita. Nak datang merisik pun bagi la kita beraya puas puas dulu kat kampung. Hehe.

Cakap pasal balik kampungg!! Balik  kampung ramai-ramai, jem atas jalan raya, lebuhraya. Itu biasa lagi. Ini haa tak sempat nak tempuh jem bilik air, jem tempat cas telefon.

Hai, nak park kereta pun jem juga. Meriah meriah.

Syawal hari ke-3 dah ni. Berapa rumah dah korang gi beraya..?

Tuesday, June 12, 2018

Salam penghujung Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Ya Tuhan,
Tiada hati sekeras kerikil. Semuanya mampu Kau leburkan. Semuanya dengan redaMu jua.

Kami sedih, Ku gembirakan. Kami alpa, Kau ingatkan. Kami rindu, Kau dekatkan. Kami buntu, Kau lapangkan.

Kami berdoa, Kau makbulkan.

Lembutkan hati kami terus mengingatiMu. Menambah amalan. Terus kuat beribadah. Jadikan kami terus menjaga solat. Puasa yang sebenar-benar puasa.

Terus Rindu lagi,
Mengejar Ramadan yang hampir pergi.

Semoga diberi kesembuhan daripadaMu Ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang terjadi.

Salam penghujung ramadhan.