Tuesday, June 19, 2018

Al-Fatihah....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dukacita dimaklumkan bahawa pakcik kesayangan kami baru sahaJa menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi. Ermm, baru petang tadi aku sebut-sebut nama beliau sebab nak gi ziarah. Dah lama tak jenguk sebab beliau di Kuching. Aku pulak di Sibu.

Malam tadi pukul 10.30 malam kami sekeluarga sampai ke Sibu daripada Sri Aman, dapat berita kematian setengah jam kemudian. Ralat sangat rasa sebab tak terus pecut ke Kuching. Tak sangka beliau pergi secepat ni. Allahu, kami redha. Aku cuba redha sebab aku yang nak sangat jumpa arwah and ansyik sebut-sebut pasal dia petang tadi. 😢😢

Now, kami sekeluarga terus bergerak ke Kuching lepas setel kemas barang-barang. Adek pompuan aku terpaksa tinggal sebab tengah tunggu hari nak bersalin. Mak aku pun sampai serba salah nak tinggalkan dia. So aku decide, kene pergi malam ni jugak sebab jenazah akan dimandikan pagi esok, takut tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Allahu aku memang tak kuat, sebab aku antara yang paling rapat dengan arwah sejak kecik.

Kawan-kawan, doakan kesayangan aku ni yer. Permudahkan urusan kami, perjalanan kami ke kuching. Kami akan gerak pukul 2 ni nanti. Tipu la cakap tak penat, tak ngantuk. Sebab baru je balik dari Sri Aman tadi. Tak sempat nak rehat. So, terpaksa aku bergilir-gilir drive sebab takut adek aku ngantuk. Even tadi pun nyaris terbabas, tapi Allah masih beri kami peluang untuk hidup.

doakan kami yer..
.alfatihah untuk pakcik kesayangan. Semoga roh mu dicucuri rahmat.

3 comments

June 19, 2018 at 6:53 AM

Al fatihah utk arwah...

June 21, 2018 at 5:21 PM

salam takziah atas kehilangan ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

July 4, 2018 at 11:16 PM

Innalillah

Post a Comment