Thursday, August 11, 2016

Program Affiliate Serius Media

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikum korangg!

Nak gitau korang yang ada satu lagi program Affiliate yang boleh menjana income korang sepanjang berblogging ni. Untuk pengetahuan korang, program ni telah dilancarkan oleh seorang blogger terkenal iaitu AHMAD FAIZ ! Korang nak tahu details pasal program tersebut jom kita terjah kat sini ---> http://program.seriusmedia.com/

Aku baru je daftar tadi. Actually program ni dah dilancar mulai Julai yang lepas. Hopefully ada rezeki untuk jana income lain plak pasni. InshaAllah. Dah, taknak cakap banyak, korang daftar je kat sit, bukan bayar pun! FREE je beb! Just tempek je iklan kat blog korang tu, takyah keje keras sangat. Kalau ada readers yang klik, so, secara tak langsung korang akan dapat komisyen dari iklan tersebut. Alaaa, macam nuffnang jugak and macam program affiliate yang lain jugak.

Pembayaran komisyen akan dibayar terus ke akaun bank korang pada 1-5 haribulan setiap bulan.

Ok, sila support abe kita ni! Daftar ramai-ramai hokeyh!
http://program.seriusmedia.com/
http://program.seriusmedia.com/
http://program.seriusmedia.com/

Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat. hehe!


Wednesday, August 10, 2016

Giveaway Friendship By Seindahcerita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Syarat-syarat


  1. Follow Blog | seindahcerita | Blog Suhailah Hamid | Blog Hazrina | Sally Samsaiman | Puan Gojes |
  2. Follow IG | nieylanadia | Sihatitunikmat | Eintan Nurfuzie | Hazrinaajer | Sally Samsaiman |
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  SALLY SAMSAIMAN  
  4. Follow FB | Eintan Nurfuzie |
  5. Jangan lupa letak blog seindahcerita dalam bloglist korang ya
  6. Buat satu entry bertajuk "Giveway Friendship By Seindahcerita"
  7. Letak sekeping gambar anda bersama sahabat dan cerita apa yang menarik tentang persahabatan anda..(cth : berapa tahun kenal, apa yang menarik tentang sahabat anda dan lain²)
  8. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  9. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
    atau
  10. Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)
  11. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20 x 3 Pemenang
    2. Sehelai Shawl x 1 Pemenang
    3. Top up RM10 x 3 Pemenang
    4. Top up RM5 x 2 Pemenang



yang ni bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah lagi. Kitorang satu sekolah, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Sekarang ni masing-masing dah kerja dan we'all still contact lagi. Cuma kadang-kadang komitmen kerja yang menghalang untuk kitorang jumpa. Korang la sahabat dunia akhirat aku! Love u'oll geng! Rinduuuuuu....

 

Tuesday, August 9, 2016

ANIAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikumm korang!

Aku bangun pagi ni, dengan satu pertanyaan besar,
.
"Camne sesetengah orang boleh tidur lena selepas menganiaya orang ek?"
.
Memikirkan kes-kes aniaya orang pun dah buat tidur tak lena,
Apatah lagi mun kita orang yang menganiaya,
Malah camner pulak orang yang dianiaya,
ermm.. ok lah, fikir-fikirkan la ek..
.

Monday, August 8, 2016

Lari dari masalah..??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Apa pernah kau lari dari masalah.
Dan akhirnya kau fikir kau bebas?

Tapi sedang itu,
Tak lama.
Masalah yang sama datang kembali.
Mungkin hadir dalam bentuk yang lain.
Tapi persis sahaja.
Sama.

Kau lelah.
Lalu kau bertanya pada Tuhan.
Apa sebab ujian yang sama dia berikan.

Dan akhirnya kau sedar.
Tuhan itu mahu ajar kau.
Untuk bukan lari dari masalah.
Tapi menyelesaikan.

Lalu andai kata satu hari nanti.
Dia beri ujian yang sama.
Saat itu kau tak perlu lari lagi.
Tapi sudah bisa menyelesaikan.

Dan katakan pada aku ujian yang mana Dia beri buat melemahkan?

p/s : Salam Hari Isnin. Semoga tidak lemau. Eh..?


Wednesday, August 3, 2016

Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist

Assalamualaikum korangg!

Arini nak join satu giveaway ni. Giveaway ni best sebab kita letak kata-kata hikmah yang motivate bukan saja diri kita sendiri malah pembaca yang lain.

Jom la korang, join!
klik je banner kalau nak join!
WORD yang saya selalu renung-renungkan berkaitan dengan kehidupan adalah KEMATIAN. Sedikit sebanyak boleh muhasabah diri yang selalu alpa dan lalai ni.

  1. SESUATU YANG PASTI


Dalam hidup ini, semua perkara boleh berubah.

Fikiran boleh berubah, cinta pun ada yang bertukar arah.

Kawan boleh jadi lawan, kesenganan boleh bertukar kesusahan, namun apa yang tidak akan berubah ialah semua orang pasti mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan KEMATIAN.

Kadang-kadang tazkirah yang panjang pun tak guna jugak, namun ziarah ke majlis kematian dan tanah perkuburan sudah memadai untuk melembutkan jiwa.

Kadang-kadang terlalu banyak berfikir dan berhujah, hanya menambah beban masalah. Mungkin apa yang perlu bagi jiwa ialah ziarah, membawa mata dan hati merenung kehidupan yang abadi.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat bersegmen yer! Thanks sudi baca and follow belog yang tak seberapa ni. =)


xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, August 2, 2016

Kita semua PENDOSA

Assalamualaikum korangg!

Dalam hidup ini tiada orang yang tidak melakukan kesilapan kan..?
Dalam hidup ini tiada orang yang tidak melakukan kebaikan kan..?

Oleh itu, janganlah mudah kita menghukum seseorang. Pandanglah seseorang dengan padangan kasih sayang, bukan kebencian.

Bencilah pada dosa yang dilakukan,
Bukan benci pada dia yang melakukan dosa.
Bawalah dia untuk lebih dekat kepada Allah saat dia terlalai dengan dunia.

p/s : Sekadar mengenang nasib diri. Kita semua PENDOSA

xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, July 26, 2016

Birthday Give Away By Alia

Assalamualaikum korang.

Bulan ni bulan untuk kita join contest je. hehe. Al-maklumla secong blog ni tak ramai yang tahu and follow. So, dengan join contest ni aku boleh banyyakn kawan-kawan blog aku balik. Jom join, tak yah pikir panjang aaaarr.. =)

klik je banner ni haaaa....!
Ehem2

Baru sempat nak wat GA sempena bulan kelahiran aku bulan ni.

Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.

SYARAT-SYARAT:

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan 
3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup


5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini


TARIKH AKHIR 31 JULY INI....

GOOD LUCK SEMUA!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

Assalamualaikum korangg..!

Back to my hometown lepas travel! Weeeehaa!. Bukak blog trus ada segmen best! Jom join ramai-ramai! Harap-harap la dapat Travel Notebook tu. Hihi..

Klik banner kat bawah ok!


Btw, aku follower yang ke-202!


Korang kena tag! Jom join sekali!

Siti Yang Menaip

Farah Waheeda

Wawa

Gudluck korang! Mmmuahhciked!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, July 11, 2016

Berakhirlah Sudah

Lirik Lagu Berakhirlah Sudah - Atmosfera

Berakhirlah sudah
Kisah kita dalam percintaan
Yang menyakitkan
Pengorbanan ku selama ini
Hanya sia-sia

Cinta ku pada mu
Begitu dalam, di lubuk hati ku
Benar sungguh-sungguh
Namun semua hancur
Dengan permainan dan sandiwara mu

Hari-hari ku sepi selalu
Bila terkenangkan saat bersama mu
Tapi itu semua tak akan kembali
Selama-lamanya...

Korus

Bila malam tiba di dalam tidurku
Wajah ayu mu menghias mimipi ku
Namun itu semua hanya menyakiti kan
Hati ini...hu...oo...

Satu hari nanti bila kau bertemu
Dengan seorang kekasih baru mu
Janganlah sekali sakiti hatinya
Seperti diri ku

Kini tiada lagi tinggal kenangan
Saat bersama mu akan ku rindui
Air mata ku mengalir di pipi
Aku menangis

p/s : aku bukan jiwang tapi bila dengar lagu ni memang sendu la pulak. eshh!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Lemau.

Assalamualaikum korang!

Selamat Hari Rayaaaaa...!!

Semua dah balik ke tempat kerja kan hari ni..? Kompom semua lemau kan..? haha..! Termasuklah aku! Biasala, kalau dah cuti, balik kampung jumpe family n frenz, lagi-lagi raya plak tu.. Sah-sah lembik dah bila nak start keje balik. Aku takpe, minggu depan dah start cuti balik. Hehehe.. Sebab aku tak amek cuti raya. Tapi yang tak best nye plak minggu ni kene attend meeting! Argghhh, paling tak suka la aku meeting. Lagi-lagi pas raya cenggini haa..

Pape pun, nak taknak kene jugak keje kan. Nak buat camner, dah tanggungjawab. Terpaksa la kan.. hihi..

p/s : semua kewajipan bermula dengan keterpaksaan baru datang keikhlasan! Tak percaya? Cubalah..!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sunday, July 10, 2016

EGO

Aku tahu, ko ngan aku makin lama makin jauh. Tapi aku tahu, hati ko dan hati aku sememangnya dekat sangat, tapi masing-masing cuba menidakkannya. Why? Sebab EGO! Ego yang terlalu tinggi yang buatkan ko ngan aku jadi jauh. Aku dan ko dah macam orang asing dah skang, yang tak pernah kenal each other malah tak mahu saling mengenali.

Betul la ape orang cakap, EGO tu boleh memisahkan orang yang dulunya  rapat.

Sumpah weh. Aku rindu kita yang lama. Aku rindu gelak tawa kita dulu.

😭😭😭

Xoxo,
bercakap dengan bintang

Tolong faham je pun.

Assalamualaikum korang.

Kadang-kadang bila seseorang ada masalah or tekanan. dia tak mintak pon dberi duit. Tak mintak pon harta. Apa yang diperlu adalah sokongan dan fahami situasi dia. tu pun dah cukup. Tapi skang ni takde sape yang ada waktu aku susah. Waktu aku stress macam ni. Takde sape. Ya Allah kuatkan hati hambaMu ni. Down sangat. Down. Aku rasa cam takleh nak move on. Sakit dada ni. Ya Allah, sebaknya.. 😢😢

p/s : aku rindu ko yang dulu. Aku rindu semua pasal ko.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Wednesday, July 6, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalammualaikum korang.

Selamat hari raya aidilfitri 2016 untuk korang! Raya taun ni agak hambar sikit bagi aku. Ye la, masalah tak setel lagi kan. Bukan makin reda, makin teruk ade la kot.

Rindu nye zaman kanak-kanak. Tak fikir pun pasal orang tak fikir pun pasal masalah, tak fikir pun pasal hati orang. Ermm, tapi we cannot turning back kan.

Tskk.. Tskk.. Sebak sangat raya kali ni. Sumpah takde feel. Aku down giler doh.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Friday, July 1, 2016

Mungkin ada hikmahnya..

Assalamualaikum korang!!

Persahabatan bisa berubah bila-bila masa.
Mungkin ada hikmahnya aku pergi di saat hubungan semakin dingin.
Biar berpisah kerana perasaan dingin daripada berpisah kerana rasa sayang yang mendalam.
Pasti ada yg terluka nanti...
ada hikmahnya pertemuan dalam persahabatan ini...
kerana kita masing-masing mengenali hati budi...

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

PERADUAN DUIT RAYA..! MULAI 27 JUN - 5 JULAI 2016

Assalamualaikum korangg.. 

Ni first segmen yang aku join untuk blog baru ni. Jom la join..! At least aku leh dapat balik follower aku.. hehe.. Plus yang baru kenal pun kite leh kenal-kenal kan..? 


*Pemenang dan saguhati akan dipilih melalui random.org.
* Tamat pada 5 Julai 2016 jam 12 tengahari.

xoxo,
bercakap dengan bintang

c i n t a

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

xoxo,
bercakap dengan bintang