Thursday, November 30, 2017

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Join segmen lagi...!


Due sampai 11.12.17 pukul 11 malam tau.

Cepatla join kalau nak jadi salah sorang bolglist cikgu ayu ni.. Setakat ni, aku takpernah jadi bloglist mana-mana blogger kot. Hahaha! Mana tak nye, kejap ade kejap takde je. Kalau blog lama dulu pernah la, maybe sebab ni blog baru so tak ramai yang tahu kot.. kikikiki..

Gudluck gaisss! Mmmmuahhciked!


p/s : mudahan dengan adenya aku join ni dapat naikkan juga followers & traffic aku. Ahaha. Nuffnang plzzzz come to mama. Lama tak merasa nafkah Nuffnang ni.. Haha!

Wednesday, November 29, 2017

LULUS KPSL!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Alhamdulillah, tak tahu nak ungkap macamana perasaan bila bukak slip keputusan KPSL yang diterima baru-baru ni.

Weh aku LULUS weyhh! Walaupun beberapa hari sebelum tu dapat pulak result exam PTD TAK LULUS! hahaha! Hampehhh tauu tak.

Oh, pada yang tak tahu ape KPSL ni, nama penuh nya adalah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. AKu sit KPSL bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Aku sit exam KPSL ni bulan 16 Ogos yang lepas. Objektif utama aku amek exam ni adalah nak try try tengok contoh soalan KPSL je. Yang keduanya, target nak menyelam minum air! Hahaha. Jalan-jalan la weh, ape lagi! Walaupun bulan tu tak gaji lagi, gigih nokkk.




Sumpah weh, tak sangka pulak nak lulus. Ingatkan gagal sebab ni first time sit exam ni. And niat nak try lagi tahun depan dan memenuhi objektif kedua seperti diatas tadi. Wakakaka. So, next year dah tak leh la nak turun Key ELL lagi dengan alasan exam ni. haha! Kursus pun takleh dah luar negeri melainkan arahan dan dibenarkan. Hampeh!

Apa pun, tahniah untuk aku. Takde yang wish kan. Haha. Thanks jugak sahabat yang selalu bagi advice dan tak putus-putus bagi semangat kat aku. Walaupun aku tak berapa pandai, tapi atas semangat tu aku cuba jugak yang terbaik. Thanks beb. Aku sayang ko lebeh. AKu harap ko pun akan berjaya jugak dalam apa jugak bidang dan kerjaya ko. InshaaAllah.

Thanks Allah kerana dipermudahkan segalanya. Thanks also to my parents atas doa dan redha nya. Cuma aku tak berharap nak dapat jawatan tu pun sebab kene lalui lagi proses-proses interview, exam, Assessment and so on. Plus tempat kite ni pilih bulu sikit. Yang rapat-rapat and pandai bodek tu la yang akan dapat. So, kite diam-diam je ok.

Next entry aku share soalan-soalan KPSL tu ok. Cuma cara jawab tu aku bukan tak nak share, sebab tak pasti macamna sebenarnya. Tapi kalau nak tanya personal dengan aku, inshaALLAH aku share. Tapi tu bukan cara jawab yang dikehendaki jabatan kot. Tu cara aku. Sebab nya masa sebelum exam dorang tak ajar pun  cara jawab soalan. Aku cuma praktikkan balik cara aku jawab SPM dan KPSL jabatan lama aku dulu. InshaAllah lebih kurang je. So, sape-sape nak contoh soalan, tunggu next entry aku ok. Tunggu betul-betul free tauu...


Mmmmuahhhciked ...!

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Yuhhhuuu...! 
Lame giler weyhh tak join contest! semenjak dah bertukar belog ni, followers pun kurang. Hahaha! link blog lama DISINIII!!

Hopefullly dengan ade nye GA dari Nadia Izzaty ni, followers aku bertambah la ekk..? Ekeke.. Wishlist yang tak berapa nak wishlist.

So, tunggu apa lagi, klik je banner and join us! Mana tahu rezeki kite dapat DUCKSCARVES..! Tapi kalau dapat planner tu pun ok jugak, sebab i love planner so much!


Giveaway ni hanya valid until  25/12/2017 je tau, join before it's too late okay! All the best semua! Mmmmuahhciked!

p/s : Duckscarves, pelizz come to me...! hihihi.

Thursday, November 23, 2017

11 PERBEZAAN ANTARA GAJI & REZEKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Assalammualaikum semua..!
Alhamdulillah, rezeki harini sebab gaji masuk! kah kah kah..! Mesti harini ramai yang berpusu-pusu ke bank kan..? al-maklumla hari gaji katakan. Dah sebulan lebih dok tertunggu-tunggu gaji, harini semua langsaikan tanggujawab masing-masing. hehe, Macam biasa, hari gaji, aku tak macam orang lain. Aku tak suka bersesak-sesak dengan orang. Tapi hutang tetap setel. Aku buat segala payment melalui maybank2u je.. InshaAllah selamat. Jarang sekali nak gi bank time payday. Tak tahu kenapa, dah habit aku dari dulu. Nak pakai cash kene amek dua tiga hari lepas payday.. Sebab utama tak suka Q, tak suka sesak! kikiki.. Ok, meh aku nak share antara GAJI dan REZEKI. Actually, gaji is one of our rezeki jugak. Itu pendapat aku, lain-lain orang lain pendapat kan. 


Gaji ada slip
Tapi rezeki tak ada slip

Gaji dari syarikat 

Tapi rezeki dari Allah

Gaji berupa Duit/wang

Tapi rezeki boleh berupa apa sahaja

Gaji diperoleh dengan bekerja

Tapi rezeki diperoleh dengan iman & taqwa

Gaji dah pasti setiap bulan akan dapat

Tapi rezeki belum pasti 

Gaji mungkin besar, tapi selalu rasa tak cukup

Tapi rezeki selalu mencukupi walaupun jumlah tak seberapa

Gaji mesti dikejar, dicari & diusahakan dengan bekerja

Rezeki akan datang bagi orang yang beriman & bertaqwa

Dan tidak semua orang akan dapat gaji

Tapi setiap manusia mesti ada rezeki masing2

Gaji boleh tersalah orang

Tapi rezeki tidak boleh tersalah tuannya

Gaji ditentukan oleh masa kita kerja

Tapi rezeki ditentukan oleh iman & taqwa kita kpd Allah s.w.t

Jadi jangan takut, jangan risau dengan rezeki

Semua dah di atur oleh Allah

Dan ketahuilah gaji adalah sebahagian kecil dari rezeki.



So, apa yang aku dapat simpulkan disini, gaji memang tak sama macam rezeki. Rezeki ni bukan duit je, rezeki ni dari pelbagai sudut. Rezeki sihat, rezeki dapat kerja, rezeki dapat kebahagiaan. And sekali lagi, gaji is also part of our rezeki.

Selamat makan besar ye malam ni..! hehe. AKu dok sorang-sorang je la nak carik red belbet kesayangan. Lama ngidam. eh..?

Sayang korang ketat sendat dan padat! MmMmmmuuahhhciked..!

Tentang A K U

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Masih tentang perasaan ini...
Tentang kita kah? Eh, bukan..!
Ini hanya tentang AKU.
Tentang aku yang tak seharusnya mengenal dan bertemu dengan mu..
Tentang aku yang tak seharusnya mencintaimu..
Aku bukan milikmu dan kau sepertinya juga tak akan pernah jadi milikku...
Sekarang, besok, atau nanti, sebab yang mencintai hanyalah diriku sendiri..

Monday, November 13, 2017

Mulut manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Punca utama manusia takut nak hijrah ialah mulut manusia.

Kerana sesetengah manusia hanya tahu menilai dan menghukum untuk menjatuhkan orang lain.


p/s : dah tahu nak hadap. Semua salah.
AKU GIVE UP BEB!!😢