Wednesday, June 7, 2017

MELEPASI SYARAT SEMASA : JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum semua..

Tiba-tiba hati tergerak nak saja-saja cek akaun SPA aku, Tup tup ade pulak yang "MELEPASI SYARAT SEMASA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA" . Ya Allah, tak percaya. Dua tiga kali logout and login, emmm sah! tapi belum ada noti lagi dalam email ape semua. Sebab tu kot aku tak tahu. Tapi dah cek dah tadi kat "Senarai Assessment" & "Senarai Penjadualan Temuduga" tapi belum ade lagi. So maybe benda ni baru lagi la kot. Bukan apa tak percaya, everytime aku cek, mesti hampa je jawapan. sikit-sikit "Tidak Melepasi Syarat Kelayakan Semasa Yang Telah Ditetapkan Oleh Suruhanjaya". Sampai sudah pun aku tak tahu ape benda la syarat semasa yang dorang maksudkan tu.

Tadaaa! Aku lepas untuk 1st step bagi Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Eh, ape pun syukur alhamdulillah. This is my 1st step. My 3rd time jugak dapat panggilan untuk jawatan 41 ni melainkan jawatan Inspektor dan Pegawai Penjara haritu. Tak sure pulak untuk jabatan ape ni, tapi kalau dapat pun panggilan temuduga nanti, aku akan cuba yang terbaik.

Buat sahabat tersayang yang selalu disisi waktu aku susah senang, selalu dok bebel kat aku. Ni untuk hang. Aku cuba yang terbaek eh! Walaupun aku tak bagitau hang lagi pasai ni. Dapat tahu je trus buat entry ni ha. Tak sempat gitau sapa-sapa lagi.  Hang la kira orang pertama kalo hang baca entry ni. Hang doakan aku ah. Hang la selalu bakar semangat aku selama aku kenai hang.
Aku sayang hang wehh!

Kalo pun aku tak dapat ke next step nanti pun, aku anggap ni adalah pengalaman untuk aku. Nanti aku share ngan korang apa yang berlaku seterusnya ok.

Daaaaa semuaaaa. Selamat berbuka nanti tau.
Mmmmmmuahhhciked!

Tuesday, June 6, 2017

SEPARUH MATI KU BERCINTA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Lagu feveret! Layan dulu sementara perah otak nak buat entry baru. =)


SEPARUH MATI KU BERCINTA

Kesepian  malam
Bawah sang bulan menemani
kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
menitis air mata ku
Ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Chorus
Kemana perginya setia
Kemana hilang katamu
Aku lah yang dinamakan
kekasih hatimu untuk selamanya
Kemana saat indah
Kemana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau memelukku
Hilang semua manisnya cinta

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku

Ku simpan hanya untuk dirimu

Monday, June 5, 2017

Geng Trip To Sabah 2017!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua..!

Sorry yer mungkir janji ngan korang semua. Ingatkan dapat aktifkan balik belog ni hari-hari macam dulu. Tapi malangnya tak dapat jugak la uols.. hehe.. Kekangan masa der! Nak kata takde free tu tipu la, cuma nak mencurahkan idea dalam belog ni kot yang takde.  hehe..

Okehh! back to the main topic, hari ni aku nak share sikit pasal first trip aku untuk tahun 2017 ni which is dah pun berlalu beberapa bulan lepas. Trip ni on spontan je. Ade perancangan pun last minit, cuma kitorang gamble je beli tiket awal. Tahun lepas lagi dah kitoang booked tiket. Hasil idea spontan sorang member kursus kitorang. Member kursus je kot! Baru kenal takat sehari dua, terus rapat macam dah kenal lama. Actually, kitorang satu group tu memang dah macam family, sebab kursus tu pun dah memang best. Dah boleh buat kitorang akrab. Tup tup ada yang satu kepala, so semua yang kepala-kepala ni on je nak gi buat trip tanpa ada bantahan or watever. Semua follow je. Cuma kitorang berani mati la kot-kot tak dapat cuti ke time tu, memang dah ready siap-siap la tiket burn. haha! Tapi alhamdulillah, 8 daripada 9 orang  kitorang yang dah plan tu dapat accomplished kan mission ni dengan jayanya. hehe..! Nanti aku kenalkan sorang-sorang ok. Semua lain-lain jabatan, semua sporting!

Next entry nanti aku akan share pasal itinerary dan bajet. So entry yang ni aku share gambar-gambar macamana kitorang kenal.  Hahaha..

Pertemuan kami yang pertama adalah waktu jadi peserta Kursus Pengukuhan Pasukan Tahun 2016 kat IKWAS, Kluang. Siri berapa aku tak ingat. Siri 2 la kot.. hehe..

Kursus Pengukuhan Pasukan 2016

Siapa sangka perkenalan singkat ni membawa kami lebih jauh lagi sehingga ke Sabah. Kitorang dalam kursus ni dah macam satu family dah. Walaupun trip kami ke Sabah ni tak semua yang join, cuma kitorang 8 orang tu je. Tak sangka boleh jadi rapat macamtu. Semua satu kepala,. Haaa tu yang best! And kursus ni antara yang terbest jugak la yang aku pernah attend! 


Kursus Pengukuhan Pasukan 2016


 2 orang ni la salah seorang geng untuk trip kali ni. Yang depan tu Khaled, yang tunduk tu Zarina, aku panggil kak Ina je,.. hehe!

Yang ni pulak Lia, Kamelia namanya. Dia roomate aku masa kat IKWAS. Husband dia pun ikut sekali trip kitorang tu. hhehehe.. Sebabbb.. husband dia pun peserta kursus tu jugak!


Haaa, yang ni pulak Syam and Zahar. Kitorang satu group masa aktiviti dalam hutan tu. But, hanya Zahar yang join trip kitorang. Hehe. Psss, Syam dah kawen tau! *takut ade yang nak ngorat nanti kan* =D

Haaa, yang ni pulak Kimi, dia satu group ngan aku sepanjang kursus. Same jugak ngan zahar. Kitorang satu group masa ice breaking tu. Kadang-kadang aku panggil apis je dak Kimi ni. sebab banyak sangat nama kan. haha!

Yang tengah masak tu wan. Sunawan namanya. Tu la husband Lia tadi tu. hehe


Ok, jelas kan takat mana kitorang kenal..? Singkat sangat. Tengok gambar dah tau ktorang dah macam satu family kan. hehe. Semoga perkenalan ni akan kekal sampai bila-bila. Aku akan hargai korang weh!

Eh, gambar tuan rumah takde plak eh. Abang Johan or kitorang selesa panggil abang wan je. Maybe masa kursus dia jarang gambar kot. hehe. Nanti la kalo ade kat next entry. Ni just nak gitau geng-geng trip aritu je and dari mana kitorang kenal. Haha.

*Nak tahu tak, entry ni bulan 3 yang lepas, aku tak post out pun lagi dari hari tu* haha! bizi kononnye.. hihihi!

Daaaaaa...! Mmuahhcikedd! Jumpe kat next entry ok. =)

Cek Nuffnang dah dapat!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua.

Selamat berpuasa bagi geng-geng bloggers yang beragama Islam.
Maafla ye, asyik on off je belog neh. haha!
Abu abu *kata orang sarawak* which is macam hangat-hangat taik ayam la kononnye.
Bizi beb! haha. Ade pun masa tak sempat nak berblogging. Banyak je story nak share ni ha. Ade yang masih dalam draft. Tak complete lagi. ekeke.. tunggu la yee klo cik kak ni ade masa.

Eh, btw korang ingat tak yang last time aku ade post pasal claim NUFFNANG..? yihaaaa, actually aku dah dapat cek tu beberapa minggu lepas, dah lupe bila.. hehe.. walaupun agak lama jugak tunggu, tapi at least ada la kan daripada takda.. muehhehehehe.. Tak banyak pun, cukup la sekadar nak makan and tengok wayang.. hehe..

Okla, nak apdet post lain plak. adala beberapa trips yang aku tak sempat lagi nak share ngan korang. eh, ade reader ke..? waakakakak!
Dah complete nanti aku post eh..

Daaaaaa... Mmmmmuaahhciked!