Sunday, March 11, 2018

A H A D

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum & hai bloggers and stalkers! 🙈

Ahad,
Kebanyakannya akan lebih santai. Pilih untuk keluar dan habiskan masa bersama keluarga. Santuni pembawa rezeki kata orang.

Ada pula yang stay kat rumah membuta je. Paling tidak pun baring depan tv tanpa mandi sampai la ke petang. Keh keh keh!

Banyak pula sebab untuk teruskan hidup. Tanpa terus mencipta alasan. Cari, bina dan keluarkan kekuatan kita. Hanya kita memahami kehendak diri. Bukan siapa-siapa.

Letaklah diri di atas untuk dihormati. Tunduk ke bumi untuk saling fahami. Semoga dilancarkan urusan korang.

Aku pulak memilih untuk running.
 Balik tu nanti aku tido la, setelah semalaman aku tak dapat tido.

hampir 3 bulan tak running sebab injured bulan dobelas aritu, aku try to get back on track untuk kembali beraksi. Haha. Hebat sangat bunyik nye tu. Ok takpe, aku cuba. Tak sampai 3km pun takpe. Janji lari je. Manja sangat dah kaki ni. 😝 

Ok, siapa nak ikut aku running pagi ni? Jom arr! pastu aku belanja breakfast kehh. 🙈

Tuesday, March 6, 2018

P E N G A J A R A N

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum & hai semua bloggers and stalkers!

Pengajaran.. semalam sebelum tido termuhasabah diri pulak.  Tetiba tahun ni tahun DOG, banyak kawan yang gaduh eh lately... heheh termasuk i, tapi *ecca ni bagus lagi la.. masa kawan tak de lah dia memburuk kan kawan baik dia. Bila dah gaduh je semua keluar!

Harap-harap selepas ini, semua bende ni menjadi pengajaran untuk kite semua. Berkawan biar berpada-pada. Rahsia apa pon laa kite ni serapat mana pon kawan tu, jangan di kongsi. Sedangkan aku yang tak suka sangat berkongsi masalah pon ade orang tu bole fitnah. Apatah  lagi laa orang yang berkongsi cerita kan?

Simpan laa selagi bole simpan. Jauhkan diri daripada orang yang negatif. Dan selalu lah berdoa supaya kite dijauhkan daripada orang-orang yang berniat tidak baik kepada kite sekeluarga. InsyaAllah slowly nanti anda akan nampak satu persatu kawan kite Allah swt jauhkan.

Selamat berkawan. Take care kawan. =)

Friday, March 2, 2018

Salam Jumaat!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum warga alam.

Saat kau rasa jauh dan sunyi. Tuhan itu ada. Saat kau dekat dan hingar, Tuhan tetap ada. Tak pernah berpaling tak pernah tidur.

Menunggu rintihan sang manusia yang tenggelam dalam samar dan kecelaruan.

Ketika merasakan diri jauh melencong, biar dahi menyembah bumi. Tuhan sediakan jalan lurus untuk kembali.

Salam Jumaat penuh barakah,