Monday, September 10, 2018

Cuti-cuti 2019

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss!

Pasti semua tak sabar nak plan cuti next year kan? Nah, ni aku attachkan senarai public holiday untuk 2019. So dah boleh la korang rancang percutian korang dengan member and family ye!

Source : Facebook


Aku..?

Ada plan jugak tapi tak sure nak solo travel lagi ke atau dengan member. Sebab ade ex housemate ajak holiday jugak. For gegel only ok. Hihi.

Tapi.. dorang plan bulan April next year la pulak. Bulan 3 next year, aku ada event MBOR lagi dengan team KALK (Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang). Dekat sangat la pulak nak ambil cuti. Ah, pasal tu nanti je la aku story. Haha. Sepatut bulan 9 ni nak pergi tapi postponed atas sebab tertentu. Syukur jugak la postponed sebab keadaan kesihatan aku tak berapa stabil sangat sekarang ni. Kalau tak, melepas laaa nak naik santubong. Rugi je daftar. Lagipun pegi solo, hanya mengharapkan peserta lain je la jadi kawan aku nak naik nanti. Eh yang tu nanti aku share kat entry lain je la eh.

Ok, back to cuti ni tadi. So far pada kajian ringkas aku sendiri jap tadi kat website AA, ade la beberapa tempat yang murah kalau nak pergi. Cuma aku dalam dilema nak pegi mana satu ni ha.. haha!

U gaiss tolong pilih trip mana best..?

- KRABI
-PHUKET
-BANDUNG
-LOMBOK
-BALI
- JAKARTA

kalau perasan, aku ni memang suka gi pulau or pantai2 gitu. So, list tempat tu kebanyakan tempat macam tu la.. aku kurang sikit tempat shopping-shopping ni. Jakarta tu last choice, tak tau sebab ape nak pergi. Sebab nak tengok tempat orang je kot? Hihi. Yang aku tahu Jakarta ni sesak macam KL. Ahh, mesti bosan kan? 😂😂

share la jugak korang punye pengalaman or pendapat. Kalau ada iti sekali boleh la sharing kat Tim ok.

Love ya! 😘


2 comments

September 10, 2018 at 1:21 PM

Biasanya kami tak merancang...ada rezeki..bincang..gerak...hehehe..

September 10, 2018 at 3:18 PM

Mcm krja sy ni xdapat x rancang sis. Kerja sy ni pantang tgon wiken, mmg kene keje.. hihi. Sbb tu sy akan block tarikh siap2 supaya xclash dgn pgrm2 waktu tu.. 🤗

Post a Comment