Friday, December 22, 2017

pindah lagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua.

What a bad news aku dapat!
Semua sebab kepentingan diri pihak atasan yang entah apa-apa. Ikutkan hati nak je report tapi ape je la kuasa aku kan. But, this is too much for me. korang just imagine kalau korang pindah ke sesuatu tempat just only for 2 months..? Apa ek motif dia? Itu pun plus minus la cuti and outstation aku, kira 1 bulan lebih je kot kat tempat baru! Allahu, mengucap panjang aku dapat panggilan phone daripada Hamba Allah tu. Ingatkan dah sedar diri, rupenye tak insaf lagi orang tua ni. Bila la lagi nak pencen..? sunggoh annoying beb! Aku tak kesah pun arahan nak letak aku kat mana-mana but this is too drastic ok! Memang pecah rekod la aku kat negeri Sarawak ni kene pindah lagi within 2 months. Macam vangang! Sikit takda masalah pindah mana-mana tapi pikirla jugak kebajikan staff. Aku tengok amalan orang jabatan ni tak pernah jaga kebajikan staff langsung! Patut la huru hara. Banyak menipu sana sini, dengan KJ yang kaki ************ erkk..

Sumpah aku moody gila lately. It creates awkward environment di office bila kau moody dan semua orang affected. Plus staff ofis tak ramai. Maka berkrik-krik la semua.

Tak tahu sampai bila aku dipergunakan macam ni. Unless aku dapat kerja baru or aku decide je nak resign jadi fulltime housewife. Ok wat? Sumpah aku tak leh nak accept weyhh!

Aku cuba redha sekarang ni. AKu cuba ok. Maybe ada hikmah. Maybe? Ermm. Aku doakan orang yang aniaya aku demi kepentingan diri dia ni akan dapat petunjuk dan sentiasa murah la rezeki dia. Takpa, doa baik-baik. Mudahan ko cepat insaf dari semua ni. Udah-udah la, umur dah lanjut pakcik.

Ok, berhuhu la kita sampai sini. Jom nangis sama-sama. :'( *sebak gila beb*

Thursday, December 21, 2017

Tim & prolapse nya lagi..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak share sikit berkaitan kejadian beberapa hari lepas. Actually sebelum ni pernah terjadi jugak but after consume ubat itu ini, aku ok balik. But lately ni datang lagi la penyakit tu. Tanpa membuang masa, aku terus buat checkup kat Dr Patrick Ling di KPJ Sibu tu. Actually before ni memang deal dengan doktor ni je, idk why but dengar daripada orang jugak la yang he's one of the recommended pakar sakit puan kat sini. Waallahualam.

Ok, blogger laki takyah baca la ni kot. Tak penting sangat untok korang. But kalau korang ada bini satu ari nanti maybe korang akan tahu and akan ambik tahu. Tu pun KALAU AMBIK TAHU kan. huhu..

Nak dijadikan cerita, aku punya period bulan ni lain macam sikit. Gap antara the last period is only 12 days!! This is my 1st time jugak kena macam ni, then dia punya darah pun lain macam sikit. So, Tuesday lepas aku decide ke klinik tu  atas paksaan mak aku jugak untuk buat pemeriksaan. Yang penting aku taknak sorang-sorang, ok tengkiu mak! Actually tengah kopak time tu beb! Mana taknya tengah-tengah bulan plak tu, aritu pun gi outstation banyak pakai duit. Claim pulak tak sempat dibayar. Erkk.. WORST! Melayang jugak la RM 200.00 untuk pemeriksaan aritu! ~sigh~

Oh, back to the story tadi, aku TERPAKSA jugak discan untuk check keadaan rahim aku. Before this pun pernah prolapse and sakit dia ya ampun! Tak leh angkat. Kali ni sakit jugak sampai ke pinggang! Allah, tak tahu nak cakap. Masa scan tu doctor kata kantung rahim ok, cuma jatuh ke bawah dan menyebabkan pundi kencing tersekat. Something macam tula.. And darah aku tu dia kata bukan darah haid..! Eh dah tu darah ape plak kan. Doktor kata maybe hormon tak stabil. Aku cakap tu 1st time aku kena period yang paling cepat and 2 kali sebulan. Die suggest untuk aku makan ubat hormon selama 10 hari. 1 hari tu 4 biji utk 2 kali makan. *arini aku lupe so...* erkk...

Untuk pengetahuan korang, prolapse ni bukan saja terjadi kepada ibu yang sudah melahirkan anak, wanita yang belum berkahwin tidak terkecuali daripada mengalami masalah itu terutama dalam kalangan individu lasak dan sering melakukan kerja berat. But aku bukan la selasak mana pun. Skang ni pun memang dah kurang kot aktiviti lasak kecuali running and jogging je. Atas pelbagai faktor, ramai penghidapnya enggan bertemu doktor atau bidan terlatih kerana malu atau bimbang dengan prosedur rawatan dilakukan itu mungkin menyakitkan. Yes dulu aku malu! Tapi sebab terpaksa and sakit aku kena kuatkan hati jugak jmpa doktor. TERPAKSA weh! Even makan ubat pun terkeluorrr balik, hah, apetah lagi nak buat treatment itu ini.

Sebenarnya aku tak takut doktor tu. AKu takut kalau dah buat pemeriksaan nanti macam-macam penyakit pulak timbul. Haaa yang tu la buat aku maha risau. Gila tak risau..? And you know what, pendarahan aku aritu pun aku dah cuak sebab ada risiko untuk menghidap kanser ovari. Luluh beb, aku takut gila..!! Aritu aku sempat buat scanning rahim and bagi ubat 2 jenis je, clomid and hormon tu. Kalau still berlanjutan aku kene ke klinik tu lagi untuk pemeriksaan lanjut. Doktor cakap kalau buang general health screening tu diorang akan bagi untuk breast cancer and ovary cancer test jugak secara free. Cost dia RM 220.00! Ah, mana aku nak cedok duit time tu. SO aku hold dlu. Ada duit nanti kang aku buat. InshaAllah. Tak pun aku jual barang preloved dapatkan dana. Eh, boleh gitu? huhu. Tapi sumpah aku cuak weh. Aku cuak sebab takut result yang meluluhkan hati. So, aku cakap kat doktor aku nak mkan ubat je. Next time kalau dah berlarutan baru aku decide untuk buat screening cancer tu. Muka dah lain beb, even aku cakap kat mak aku pun time tu dia diam je. Dia je dapat teman aku ke klinik time tu sebab dia yang paksa. Ekekkeeke. Tengkiu mak! Tapi kan, mak aku cakap, takkan nak tunggu teruk baru nak gi berubat! huhu. Betul la jugak tu, kang tiba-tiba stage 4 kang alamak! :'(

kalau korang nak tahu, doktor tu cakap kadang kanser ovari tu tak leh nak detect pada fasa awal-awal ni. Tup-tup dah smpai stage 3 ke 4 camtu. Even ramai yang menggelar kanser ovari tu sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana kanser tu kan memang tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa wanita. Lebih menakutkan, sumber menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia. Ok, umor aku pun dah pertengahan abad, huhu! takuttt wehh!




 Ermm, sampai sini je dulu k. Nanti kalau ada masa, aku share simptom & pencegahan. Tapi bukan sumber aku tau, aku baca dulu and kaji. Kaji sangat uols. *Mata ke atas*

Dalam masa yang sama ni aku sedeh gila sebab dalam masa sakit ni jugak, semalam dapat panggilan daripada pengarah aku. BADNEWS weyhh!! Ape la malang sangat nasib aku ni asyik jadi mangsa keadaan je.. :'( *yang ni aku cerita kat next entry ok*

Assalammualaikum!

Thursday, November 30, 2017

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Join segmen lagi...!


Due sampai 11.12.17 pukul 11 malam tau.

Cepatla join kalau nak jadi salah sorang bolglist cikgu ayu ni.. Setakat ni, aku takpernah jadi bloglist mana-mana blogger kot. Hahaha! Mana tak nye, kejap ade kejap takde je. Kalau blog lama dulu pernah la, maybe sebab ni blog baru so tak ramai yang tahu kot.. kikikiki..

Gudluck gaisss! Mmmmuahhciked!


p/s : mudahan dengan adenya aku join ni dapat naikkan juga followers & traffic aku. Ahaha. Nuffnang plzzzz come to mama. Lama tak merasa nafkah Nuffnang ni.. Haha!

Wednesday, November 29, 2017

LULUS KPSL!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Alhamdulillah, tak tahu nak ungkap macamana perasaan bila bukak slip keputusan KPSL yang diterima baru-baru ni.

Weh aku LULUS weyhh! Walaupun beberapa hari sebelum tu dapat pulak result exam PTD TAK LULUS! hahaha! Hampehhh tauu tak.

Oh, pada yang tak tahu ape KPSL ni, nama penuh nya adalah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. AKu sit KPSL bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Aku sit exam KPSL ni bulan 16 Ogos yang lepas. Objektif utama aku amek exam ni adalah nak try try tengok contoh soalan KPSL je. Yang keduanya, target nak menyelam minum air! Hahaha. Jalan-jalan la weh, ape lagi! Walaupun bulan tu tak gaji lagi, gigih nokkk.




Sumpah weh, tak sangka pulak nak lulus. Ingatkan gagal sebab ni first time sit exam ni. And niat nak try lagi tahun depan dan memenuhi objektif kedua seperti diatas tadi. Wakakaka. So, next year dah tak leh la nak turun Key ELL lagi dengan alasan exam ni. haha! Kursus pun takleh dah luar negeri melainkan arahan dan dibenarkan. Hampeh!

Apa pun, tahniah untuk aku. Takde yang wish kan. Haha. Thanks jugak sahabat yang selalu bagi advice dan tak putus-putus bagi semangat kat aku. Walaupun aku tak berapa pandai, tapi atas semangat tu aku cuba jugak yang terbaik. Thanks beb. Aku sayang ko lebeh. AKu harap ko pun akan berjaya jugak dalam apa jugak bidang dan kerjaya ko. InshaaAllah.

Thanks Allah kerana dipermudahkan segalanya. Thanks also to my parents atas doa dan redha nya. Cuma aku tak berharap nak dapat jawatan tu pun sebab kene lalui lagi proses-proses interview, exam, Assessment and so on. Plus tempat kite ni pilih bulu sikit. Yang rapat-rapat and pandai bodek tu la yang akan dapat. So, kite diam-diam je ok.

Next entry aku share soalan-soalan KPSL tu ok. Cuma cara jawab tu aku bukan tak nak share, sebab tak pasti macamna sebenarnya. Tapi kalau nak tanya personal dengan aku, inshaALLAH aku share. Tapi tu bukan cara jawab yang dikehendaki jabatan kot. Tu cara aku. Sebab nya masa sebelum exam dorang tak ajar pun  cara jawab soalan. Aku cuma praktikkan balik cara aku jawab SPM dan KPSL jabatan lama aku dulu. InshaAllah lebih kurang je. So, sape-sape nak contoh soalan, tunggu next entry aku ok. Tunggu betul-betul free tauu...


Mmmmuahhhciked ...!

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Yuhhhuuu...! 
Lame giler weyhh tak join contest! semenjak dah bertukar belog ni, followers pun kurang. Hahaha! link blog lama DISINIII!!

Hopefullly dengan ade nye GA dari Nadia Izzaty ni, followers aku bertambah la ekk..? Ekeke.. Wishlist yang tak berapa nak wishlist.

So, tunggu apa lagi, klik je banner and join us! Mana tahu rezeki kite dapat DUCKSCARVES..! Tapi kalau dapat planner tu pun ok jugak, sebab i love planner so much!


Giveaway ni hanya valid until  25/12/2017 je tau, join before it's too late okay! All the best semua! Mmmmuahhciked!

p/s : Duckscarves, pelizz come to me...! hihihi.

Thursday, November 23, 2017

11 PERBEZAAN ANTARA GAJI & REZEKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Assalammualaikum semua..!
Alhamdulillah, rezeki harini sebab gaji masuk! kah kah kah..! Mesti harini ramai yang berpusu-pusu ke bank kan..? al-maklumla hari gaji katakan. Dah sebulan lebih dok tertunggu-tunggu gaji, harini semua langsaikan tanggujawab masing-masing. hehe, Macam biasa, hari gaji, aku tak macam orang lain. Aku tak suka bersesak-sesak dengan orang. Tapi hutang tetap setel. Aku buat segala payment melalui maybank2u je.. InshaAllah selamat. Jarang sekali nak gi bank time payday. Tak tahu kenapa, dah habit aku dari dulu. Nak pakai cash kene amek dua tiga hari lepas payday.. Sebab utama tak suka Q, tak suka sesak! kikiki.. Ok, meh aku nak share antara GAJI dan REZEKI. Actually, gaji is one of our rezeki jugak. Itu pendapat aku, lain-lain orang lain pendapat kan. 


Gaji ada slip
Tapi rezeki tak ada slip

Gaji dari syarikat 

Tapi rezeki dari Allah

Gaji berupa Duit/wang

Tapi rezeki boleh berupa apa sahaja

Gaji diperoleh dengan bekerja

Tapi rezeki diperoleh dengan iman & taqwa

Gaji dah pasti setiap bulan akan dapat

Tapi rezeki belum pasti 

Gaji mungkin besar, tapi selalu rasa tak cukup

Tapi rezeki selalu mencukupi walaupun jumlah tak seberapa

Gaji mesti dikejar, dicari & diusahakan dengan bekerja

Rezeki akan datang bagi orang yang beriman & bertaqwa

Dan tidak semua orang akan dapat gaji

Tapi setiap manusia mesti ada rezeki masing2

Gaji boleh tersalah orang

Tapi rezeki tidak boleh tersalah tuannya

Gaji ditentukan oleh masa kita kerja

Tapi rezeki ditentukan oleh iman & taqwa kita kpd Allah s.w.t

Jadi jangan takut, jangan risau dengan rezeki

Semua dah di atur oleh Allah

Dan ketahuilah gaji adalah sebahagian kecil dari rezeki.



So, apa yang aku dapat simpulkan disini, gaji memang tak sama macam rezeki. Rezeki ni bukan duit je, rezeki ni dari pelbagai sudut. Rezeki sihat, rezeki dapat kerja, rezeki dapat kebahagiaan. And sekali lagi, gaji is also part of our rezeki.

Selamat makan besar ye malam ni..! hehe. AKu dok sorang-sorang je la nak carik red belbet kesayangan. Lama ngidam. eh..?

Sayang korang ketat sendat dan padat! MmMmmmuuahhhciked..!

Tentang A K U

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Masih tentang perasaan ini...
Tentang kita kah? Eh, bukan..!
Ini hanya tentang AKU.
Tentang aku yang tak seharusnya mengenal dan bertemu dengan mu..
Tentang aku yang tak seharusnya mencintaimu..
Aku bukan milikmu dan kau sepertinya juga tak akan pernah jadi milikku...
Sekarang, besok, atau nanti, sebab yang mencintai hanyalah diriku sendiri..

Monday, November 13, 2017

Mulut manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Punca utama manusia takut nak hijrah ialah mulut manusia.

Kerana sesetengah manusia hanya tahu menilai dan menghukum untuk menjatuhkan orang lain.


p/s : dah tahu nak hadap. Semua salah.
AKU GIVE UP BEB!!😢


Friday, October 6, 2017

Perempuan, lelaki dan kerjaya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Uollss.. sebelum tido ni nak bagi korang berpikir kejap pasal dunia skang neh. Actually tak kira laki ke perempuan, same je sebenarnya. Bezanya, laki ni kalau kene tinggal boleh lagi survive. Perempuan ni? Haha. Korang pikir pikirkan laa including me!

Zaman sekarang kaum perempuan kena ada kerjaya dan pendapatan sendiri. Ia sebagai persediaan kau untuk masa depan nanti. Biar ada kerjaya, harta dan simpanan. Kalau apa-apa hal berlaku antara kau dengan suami, kau tenang je hadapi dugaan.

Kalau suri rumah, sekurang-kurangnya kau buat bisnes online, dropship, jual kerepek, serunding ke. Belajar buat kuih, menjahit. Biar ada kemahiran yang kau boleh guna nanti.

Biar ada sumber pendapatan sendiri. Jangan duk harapkan gaji suami je. Sekarang ni senang nak belajar kemahiran. Banyak kelas yang kau boleh pergi untuk belajar kemahiran.

Lelaki ni kalau datang bosan, gatal, ada perempuan melayan, bermadu la kau jawabnya. Ada jugak lelaki yang reti buat anak je, bila dah ramai tinggalkan bini terkapai-kapai besarkan anak sendirian.

Kau tak tahu kan kisah hidup kau nanti. Tapi bukan bermakna kita minta perkara yang tak elok berlaku. Cuma sebagai persediaan untuk diri kau sendiri dan anak-anak. Jadi, kau kena ada sumber pendapatan sendiri baru kau boleh berdikari meneruskan kehidupan.

Belajar betul-betul, bina kerjaya dulu. Jangan asyik nak bercinta je. Siang malam duk tanya pakwe, "B cintakan Ayang banyak mana?".

Kalau belum berkahwin jangan duk berkorban untuk pakwe kau je. Setiap bulan dia nak pinjam duit kau pun tak bagus juga. Kalau dah kahwin pun, suami suruh kau buat pembiayaan peribadi semata-mata nak beli TV LCD, pergi travel janganlah kau setuju.

Kalau suami bagi nafkah, bagi duit, boleh simpan. Simpan di Tabung Haji ataupun ASB. Buat beli emas ke setiap bulan. Ini tak, perabis duk beli kasut, beg takpun beli Tupperware je. Kah! Kah! Kah!


Sharing from #AmirSyahir! Gila tak deep doh!! Tak terasa lagi tak tauuu la nokkk.. 😂😂
Sharing is caring..! Mmuahciked!


SANDIWARA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

SANDIWARA - XPOSE BAND




Andai Aku diberikan waktu
Akan Ku putarkan masa kembali
Biarpun Mustahil diriku
Akan Bersamamu

Disaat Aku hanyut menjauh
Terkapai Jatuh dilautan pilu
Ku Agungkan tentang diriku
Buat Kau kecewa

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Kesilapan Diriku
Kembali Kasih semula

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kembalilah Kasih

Kembalilah Kasih semula



p/s : Layan beb lagu ni. eh, by the way, vocalist die not bad jugak. kikikikikiki..  Baru arini aku perasan muka vocalist tu betul2. Selama ni dengar lagu je. wakakakakakakaka! =D

Monday, September 25, 2017

LULUH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

LULUH - KHAI BAHAR

Sudah Puas aku menangis lagi
Kau Hadirkan mendung awan yang kelam
Namun Ku kan tetap bisa betahan

Secebis Kasih yang telah kau beri
Kan Ku simpan dalam memori indah
Tapi Semuanya telah berakhir

Aku Tersungkur menunduk meraung
Dan Tiada siapa bisa merasakan
Oh Sakitnya hati ini

Jika Kau tak mampu memberiku senyum
Usah Kau hadirkan dengan kedukaan
Oh Biarlah hidupku dengan caraku
Secebis Kasih yang telah kau beri
Kan Ku simpan dalam memori indah
Tapi Semuanya telah berakhir

Aku Tersungkur menunduk meraung
Dan Tiada siapa bisa merasakan
Oh Sakitnya hati ini

Jika Kau tak mampu memberiku senyum
Usah Kau hadirkan dengan kedukaan
Oh Biarlah hidupku dengan caraku

Sedia Menghadapi yang akan tiba
Takkan Berundur walau seketika

Aku Terus berjalan mencari sinar baru




p/s : lagu ni gambaran hati aku sekarang. Luluh beb. Tapi takpe, aku cuba kuat ok. :'(


Tuesday, September 5, 2017

KEPUTUSAN TEMUDUGA JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 (JPNIN)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua..!

Hello September! dah bulan ke 9 dah tahun ni, entry pun tak sampai 10 kot kat blog ni. haha! hampeh betul la awok ni tim..!
by the way, reason entry kali ni pun just nak share je keputusan interview yang lepas je. HAritu aku ade share pasal tapisan interview kat POST ni kan. Cuma masa tu tak sure interview untuk jabatan mana.

Rupanya jawatan tersebut untuk jawatan di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). hihihi.


Tadaaaa,,! nahhh setepek...! DUKACITA beb! kikikiki..

Aku dah agak dah pun memang tak dapat. Bukan sonang kot.. Calon ramai, jawatan ade 8 je kekosongan seluruh Malaysia. Acaner tuh..? =D


Okla, tak nak cakap panjang sebab takde benda nak share sangat pun. hiihi. pada yang dah dapat tu, Alhamdulillah, tahniah untuk korang..! keje la elok-elok k. Bukan senang nak dapat so korang patut bangga yang korang ni betul-betul antara yang bertuah.

takpela, aku cuba next time. Sekurang-kurang aku dah ade pengalaman interview gred s41 ni. nak share soalan..? erm, macam ingat-ingat lupe la pulak.. sape nak tanya boleh la aku jawab kot, tapi kalau nak buat satu entry tu aku rasa tak la kot. hiiihhii.. Malu siot, dah la tak dapat, nak share pulak pengalaman tah pape aku ni ha.. haha! =D

okla, sape yang dah dapat keputusan komen kat bawah k. Tak kisah la lulus ke kandas, sekurang-kurang kite share kan. Yang nak tanya pun boleh drop ur comment kat bawah ok. daaaa...!

Sayang ketat sendat dan padat! Mmmuahhciked!


Wednesday, June 7, 2017

MELEPASI SYARAT SEMASA : JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum semua..

Tiba-tiba hati tergerak nak saja-saja cek akaun SPA aku, Tup tup ade pulak yang "MELEPASI SYARAT SEMASA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA" . Ya Allah, tak percaya. Dua tiga kali logout and login, emmm sah! tapi belum ada noti lagi dalam email ape semua. Sebab tu kot aku tak tahu. Tapi dah cek dah tadi kat "Senarai Assessment" & "Senarai Penjadualan Temuduga" tapi belum ade lagi. So maybe benda ni baru lagi la kot. Bukan apa tak percaya, everytime aku cek, mesti hampa je jawapan. sikit-sikit "Tidak Melepasi Syarat Kelayakan Semasa Yang Telah Ditetapkan Oleh Suruhanjaya". Sampai sudah pun aku tak tahu ape benda la syarat semasa yang dorang maksudkan tu.

Tadaaa! Aku lepas untuk 1st step bagi Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Eh, ape pun syukur alhamdulillah. This is my 1st step. My 3rd time jugak dapat panggilan untuk jawatan 41 ni melainkan jawatan Inspektor dan Pegawai Penjara haritu. Tak sure pulak untuk jabatan ape ni, tapi kalau dapat pun panggilan temuduga nanti, aku akan cuba yang terbaik.

Buat sahabat tersayang yang selalu disisi waktu aku susah senang, selalu dok bebel kat aku. Ni untuk hang. Aku cuba yang terbaek eh! Walaupun aku tak bagitau hang lagi pasai ni. Dapat tahu je trus buat entry ni ha. Tak sempat gitau sapa-sapa lagi.  Hang la kira orang pertama kalo hang baca entry ni. Hang doakan aku ah. Hang la selalu bakar semangat aku selama aku kenai hang.
Aku sayang hang wehh!

Kalo pun aku tak dapat ke next step nanti pun, aku anggap ni adalah pengalaman untuk aku. Nanti aku share ngan korang apa yang berlaku seterusnya ok.

Daaaaa semuaaaa. Selamat berbuka nanti tau.
Mmmmmmuahhhciked!

Tuesday, June 6, 2017

SEPARUH MATI KU BERCINTA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Lagu feveret! Layan dulu sementara perah otak nak buat entry baru. =)


SEPARUH MATI KU BERCINTA

Kesepian  malam
Bawah sang bulan menemani
kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
menitis air mata ku
Ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Chorus
Kemana perginya setia
Kemana hilang katamu
Aku lah yang dinamakan
kekasih hatimu untuk selamanya
Kemana saat indah
Kemana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau memelukku
Hilang semua manisnya cinta

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku

Ku simpan hanya untuk dirimu

Monday, June 5, 2017

Geng Trip To Sabah 2017!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua..!

Sorry yer mungkir janji ngan korang semua. Ingatkan dapat aktifkan balik belog ni hari-hari macam dulu. Tapi malangnya tak dapat jugak la uols.. hehe.. Kekangan masa der! Nak kata takde free tu tipu la, cuma nak mencurahkan idea dalam belog ni kot yang takde.  hehe..

Okehh! back to the main topic, hari ni aku nak share sikit pasal first trip aku untuk tahun 2017 ni which is dah pun berlalu beberapa bulan lepas. Trip ni on spontan je. Ade perancangan pun last minit, cuma kitorang gamble je beli tiket awal. Tahun lepas lagi dah kitoang booked tiket. Hasil idea spontan sorang member kursus kitorang. Member kursus je kot! Baru kenal takat sehari dua, terus rapat macam dah kenal lama. Actually, kitorang satu group tu memang dah macam family, sebab kursus tu pun dah memang best. Dah boleh buat kitorang akrab. Tup tup ada yang satu kepala, so semua yang kepala-kepala ni on je nak gi buat trip tanpa ada bantahan or watever. Semua follow je. Cuma kitorang berani mati la kot-kot tak dapat cuti ke time tu, memang dah ready siap-siap la tiket burn. haha! Tapi alhamdulillah, 8 daripada 9 orang  kitorang yang dah plan tu dapat accomplished kan mission ni dengan jayanya. hehe..! Nanti aku kenalkan sorang-sorang ok. Semua lain-lain jabatan, semua sporting!

Next entry nanti aku akan share pasal itinerary dan bajet. So entry yang ni aku share gambar-gambar macamana kitorang kenal.  Hahaha..

Pertemuan kami yang pertama adalah waktu jadi peserta Kursus Pengukuhan Pasukan Tahun 2016 kat IKWAS, Kluang. Siri berapa aku tak ingat. Siri 2 la kot.. hehe..

Kursus Pengukuhan Pasukan 2016

Siapa sangka perkenalan singkat ni membawa kami lebih jauh lagi sehingga ke Sabah. Kitorang dalam kursus ni dah macam satu family dah. Walaupun trip kami ke Sabah ni tak semua yang join, cuma kitorang 8 orang tu je. Tak sangka boleh jadi rapat macamtu. Semua satu kepala,. Haaa tu yang best! And kursus ni antara yang terbest jugak la yang aku pernah attend! 


Kursus Pengukuhan Pasukan 2016


 2 orang ni la salah seorang geng untuk trip kali ni. Yang depan tu Khaled, yang tunduk tu Zarina, aku panggil kak Ina je,.. hehe!

Yang ni pulak Lia, Kamelia namanya. Dia roomate aku masa kat IKWAS. Husband dia pun ikut sekali trip kitorang tu. hhehehe.. Sebabbb.. husband dia pun peserta kursus tu jugak!


Haaa, yang ni pulak Syam and Zahar. Kitorang satu group masa aktiviti dalam hutan tu. But, hanya Zahar yang join trip kitorang. Hehe. Psss, Syam dah kawen tau! *takut ade yang nak ngorat nanti kan* =D

Haaa, yang ni pulak Kimi, dia satu group ngan aku sepanjang kursus. Same jugak ngan zahar. Kitorang satu group masa ice breaking tu. Kadang-kadang aku panggil apis je dak Kimi ni. sebab banyak sangat nama kan. haha!

Yang tengah masak tu wan. Sunawan namanya. Tu la husband Lia tadi tu. hehe


Ok, jelas kan takat mana kitorang kenal..? Singkat sangat. Tengok gambar dah tau ktorang dah macam satu family kan. hehe. Semoga perkenalan ni akan kekal sampai bila-bila. Aku akan hargai korang weh!

Eh, gambar tuan rumah takde plak eh. Abang Johan or kitorang selesa panggil abang wan je. Maybe masa kursus dia jarang gambar kot. hehe. Nanti la kalo ade kat next entry. Ni just nak gitau geng-geng trip aritu je and dari mana kitorang kenal. Haha.

*Nak tahu tak, entry ni bulan 3 yang lepas, aku tak post out pun lagi dari hari tu* haha! bizi kononnye.. hihihi!

Daaaaaa...! Mmuahhcikedd! Jumpe kat next entry ok. =)

Cek Nuffnang dah dapat!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua.

Selamat berpuasa bagi geng-geng bloggers yang beragama Islam.
Maafla ye, asyik on off je belog neh. haha!
Abu abu *kata orang sarawak* which is macam hangat-hangat taik ayam la kononnye.
Bizi beb! haha. Ade pun masa tak sempat nak berblogging. Banyak je story nak share ni ha. Ade yang masih dalam draft. Tak complete lagi. ekeke.. tunggu la yee klo cik kak ni ade masa.

Eh, btw korang ingat tak yang last time aku ade post pasal claim NUFFNANG..? yihaaaa, actually aku dah dapat cek tu beberapa minggu lepas, dah lupe bila.. hehe.. walaupun agak lama jugak tunggu, tapi at least ada la kan daripada takda.. muehhehehehe.. Tak banyak pun, cukup la sekadar nak makan and tengok wayang.. hehe..

Okla, nak apdet post lain plak. adala beberapa trips yang aku tak sempat lagi nak share ngan korang. eh, ade reader ke..? waakakakak!
Dah complete nanti aku post eh..

Daaaaaa... Mmmmmuaahhciked!


Wednesday, March 22, 2017

Wordless Wednesday #1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum...

Semua orang bermula kosong. Tiada apa-apa.
Pilihan letaknya pada satu harapan yang besar.
Hari demi hari kita jadikan ia impian.

Dan,

Melalui impian itu jadikan ia kenyataan.
Sesungguhnya nyata itu pasti disulami pahit manis.
Semoga kita dapat laluinya dengan tabah dan sabar.

Bismillah.

Tuesday, March 21, 2017

s a b a r

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum.

Sabar.

Kita sedang menjalani proses.

Sesuatu yang seringkali ingin kita hilangkan, sebab tak sabar ingin segera melihat hasil.

Padahal melalui proses itulah kita dibentuk, melalui ujian, masalah, kekhawatiran, keputus asaan.

Bukankah selama ini, melalui hal seperti itulah kita belajar dan menjadikan kita seperti hari ini?

— via Kurniawan Gunadi

p/s : sampai bila ni.. :(

Tuesday, February 28, 2017

Claim Nuffnang!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua..!

For the first time jugak sepanjang berblogging, ini kali pertama aku nak try claim duit dari macik Nuffnang ni.. Aku start berblogging dari tahun 2009. Tapi sepanjang tempoh tu, tak la berapa nak aktif. Bila rajin je aku update entry. Dah nama pun tak berapa aktif berblogging, so pendapatan aku idok la seberapa yang korang fikir eh.. At least aku dah ade pengalaman ngan Nuffnang.. hehe.. Menghitung hari ni nak tunggu cek dari nuffnang sampai kat rumah. Nanti aku share ngan korang kalau dah dapat cek tu k..

nah, tak percaya kan aku dah claim? hehe, ni payment story aku, baru je semalam buat. Maybe dalam sebulan kot cek akan sampai kat alamat rumah yang korang isi tu. Base on pengalaman blogger lain, kebanyakannya sebulan baru dapat. Hehe. Tap takpe, income masuk jugak kan. Mana tahu lepas ni lebih semangat nak berblogging. krikk krikkk...!



Monday, February 27, 2017

First Entry 2017!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua.

First entry untuk 2017!
Gila lama tak apdet entry. Gila lama tak bukak belog. Debus debasss belog ni. Harini inshaAllah aku cuci sikit-sikit debu debu cinta tu with a few entry yang aku lama dah nak tulis. Cuma takde kesempatan je. Weyhh, korang tak rindu aku ke..? hihi. Sapa yang kenal aku ni actually blog lama aku is ---> hati merah (psssstt, tak leh cakap kuat-kuat, kang nanti ade someone yang agak annoying yang stalk! so, terpaksa pakai link je)

Sepanjang tahun lepas aku tutup belog hati merah tu, sejak tu kurang mood nak berblogging. Start tu jugak aku bizi memanjang kat opis. Oh, aku tak cakap pun aku dah pindah daripada tempat lama kan..? Gila lah, lama gila tak apdet entry sampaikan dah pindah masuk setahun pun aku tak apdet. haha! Ok la, ape pun selamat tahun baru 2017 untuk korang yang baru je baca post entry ni. Walaupun dah basi dah tahun baru tu. Eh esok dah penutup February! Tahun Baru ape plak neh! ekkeke..

Tunggu lunch hour aku apdet entry k. Now saja nak jenguk kejap kot-kot follower dah ribu riban.. Eekekekekekekkek.. Ribu riban la sangat kan..
Ok dah, aku buat claim dulu, nanti aku sambung bebel balik k.

Salam sayang sendat ketat dan padat dari aku. Mmuahhhciked!