Sunday, June 17, 2018

Selamat Hari Raya!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Selamat Hari Rayaaaaa semuaa!!!!

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua pembaca dan stalker belog yang tak berapa nak belog ni. Ye aku tahu aku jenis pompuan kasaq, so ayat-ayat posting pun banyak la kasaq-kasaq. Serupa orang nya. Even dalam percakapan pun aku kasaq. Sorry for everything.

Raya baru. Raya yang aku rasakan lain dari raya sebelum ni. Bukan sebab kerajaan baharu. Hehe. Takpe, tak perlu nak dicerita sangat.

Bakal jodoh, sorry ok. Walaupun sedondon, kita raya asing-asing dulu. Kah kah kah! Pagi-pagi dah message say ‘selamat hari raya jodoh’. Eh! 🤣  kalau ada jodoh, berjodoh la kita. Nak datang merisik pun bagi la kita beraya puas puas dulu kat kampung. Hehe.

Cakap pasal balik kampungg!! Balik  kampung ramai-ramai, jem atas jalan raya, lebuhraya. Itu biasa lagi. Ini haa tak sempat nak tempuh jem bilik air, jem tempat cas telefon.

Hai, nak park kereta pun jem juga. Meriah meriah.

Syawal hari ke-3 dah ni. Berapa rumah dah korang gi beraya..?

2 comments

June 19, 2018 at 6:54 AM

Selamat hari Raya..

July 4, 2018 at 11:19 PM

Selamat hari raya jugak

Post a Comment