Thursday, June 7, 2018

Bubar episod lama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Tutup mata,

Pejam lama. Kebaikan apa telah aku perbuat hari ini. Sumbangan apa telah aku berikan. Coret dalam hati. Esok ada hari baru. Semoga panjang usia untuk beri lebih lagi.

Terima kasih untuk semua doa dan kebaikan kalian. Terima kasih juga atas kata-kata hina yang pernah menjadi tamparan dalam hidup aku sebagai manusia bernama Tim.

Maaf di setiap sela dan cela. Maaf atas segala perbuatan dan tutur kata. Jikalau ditakdirkan aku terus tidur, halalkan segala-galanya.

Bubarkan saja episod lama.
Bak kata seorang sahabat yang dulu nya sahabat (tak tau la dia anggap aku ni ape dah sekarang), lupakan semua pasal dia. Pasal Family dia, and apa2 je lah pasal dia. Anggap kita tak kenal langsung kata beliau. Nahh. Awak yang mintak sangat kan. Don't blame me aaaaah. Nak copy paste ayat dia takut kena kecam pulak kite ni. Ehem, i mark your words beb.. segar lagi dalam kepala ni.

By the way, aku menjauh and menghilang ada sebab. Sebab yang aku rasa aku sendiri pun tak tahu. The most important is sebab respect. Tapi, biarlah. Biar aku sorang je tahu. Pandai aku jaga diri.

Maybe lepas ni lebih jauh lagi kot. Hehe. IG aku lepas deactivate, bila login aritu kena tunggu lagi nak deactivate balik. Haish. Rasa rasa perlu tak create yang baru..? Sayang ngan gambar pulak kan. FB pun dah on off. Ada masa nak deactivate jugak. Belog ni..? Alahai, stop posting kat belog lama aritu, bukak yang baru ni. Eh still ada mata-mata ngintai dari tirai kamar.  Ingat aku tak tahu agaknya. Kekekekkeke!! 😂

Macam-macam hati kena jaga. Kali ni aku nak jaga hati sendiri, boleh?

Done blah.

Selamat Malam!

P/s : kakak ni baru abis bersilat kat dapur. Buat biskut hipstur katanya. Haha! Episod derhaka pada resepi coming soon. 😂

Eh eh, ade orang main chak chak kat belog kitewwww laa.. 😂

1 comment

June 7, 2018 at 6:50 AM

Moga disetiap langkah seterusnya semua baik-baik sahaja.

Post a Comment