Saturday, May 5, 2018

Ulangtahun Ekspedisi MBOR Bukit Sadok!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.

Hai bloggers & stalkers! Tiba-tiba terajin pulak apdet belog! weh waktu keje siot!! haha..
Jap tau, curik masa sikit je. Sebab tadi tak sempat rest. Banyak keje weh. Betul cakap orang, keje sampai bila pun tak akan pernah habis.

By the way, terbukak la facebook setelah sekian lama on and off. Haha. 2 hari lepas ulang tahun setahun Ekspedisi "The Malaysia Book Of Record" Program Pendakian dan Perkhemahan dengan menggunakan HAMMOCK paling ramai! Perrgh, jenuh weh nam ingat nama program. Hahah. Program tu anjuran Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KALK) pada 29 dan 3 April 2017 yang lepas. Rasanya aku tak pernah kot share kat belog ni pasal tu kan..?

Ok meh, kakak nak share sikit. Actually aku register dengan 4 kawan aku yang lain, exofficemate aku masa kerja kat JKM dulu. Kitorang memang dah plan kaw-kaw punye lah start daripada iklan ni keluar. Antara yang terawal jugak membayar (based on list dorang bagi dulu la) hehe. Dalam masa yang sama aku share iklan ni dengan geng-geng gila-gila aku kat group. Actually semua jabatan yang sama cuma ade 2 orang member dah keluar jabatan dah. So, dorang pun pakat-pakat jugak nak pergi. Aku dah bagitau siap-siap yang aku tak join group dorang, sebab aku dah plan awal dengan exofficemate (member pompuan) aku yang tu. Oh, lupe nak bagitau yang member kat group tadi tu semua lelaki tau.

Dah beberapa hari sebelum pendakian bermula, sorang-sorang pulak member pompuan aku tak dapat join. At last tinggal la aku sekor-sekor. Hahahahahah! Tipu weh cakap tak sedeh. Sebab kitorang memang dah plan kaw-kaw dah dari mula bergerak sampai la ke peralatan dan makanan yang kitorang nak bawak. Tapi takpe, atas dasar memahami aku tak marah pun dorang. Cuma tak best la kalau nak gi sorang kan. Sebab semangat aku nak pergi tu tinggi, aku rasa aku nak jugak ikut ekpedisi tu. Mahal kot pengalaman tu!. Aku dah fikir kalau aku kene gi sorang pun takpe. Mesti ramai lagi peserta kan. SO aku on je la gi expedisi ni. Dan dengan muke seposen jugak aku bagitau member laki aku yang aku akan g sorang. Haha. Nak tak nak terpaksa jugak la ikut dorang. Padahal bukan main eksyen lagi aku cakap tak dapat join group dorang nanti. puiiii...! kene sendiri daaa.. kekekeke..

Macam-macam halangan dan cabaran jugak la berlaku sepanjang pendakian.
Nanti aku share gambar kat entry yang lain ok. Actually entry ni pun dah ditaip beberap hari lepas. Baru harini semoat nak post out.

Ok, happy 1st anniversary untuk semua team MBOR Bukit Sadok 2017!
Sumpah rinduuuuu!!