Wednesday, November 29, 2017

LULUS KPSL!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Alhamdulillah, tak tahu nak ungkap macamana perasaan bila bukak slip keputusan KPSL yang diterima baru-baru ni.

Weh aku LULUS weyhh! Walaupun beberapa hari sebelum tu dapat pulak result exam PTD TAK LULUS! hahaha! Hampehhh tauu tak.

Oh, pada yang tak tahu ape KPSL ni, nama penuh nya adalah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. AKu sit KPSL bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Aku sit exam KPSL ni bulan 16 Ogos yang lepas. Objektif utama aku amek exam ni adalah nak try try tengok contoh soalan KPSL je. Yang keduanya, target nak menyelam minum air! Hahaha. Jalan-jalan la weh, ape lagi! Walaupun bulan tu tak gaji lagi, gigih nokkk.




Sumpah weh, tak sangka pulak nak lulus. Ingatkan gagal sebab ni first time sit exam ni. And niat nak try lagi tahun depan dan memenuhi objektif kedua seperti diatas tadi. Wakakaka. So, next year dah tak leh la nak turun Key ELL lagi dengan alasan exam ni. haha! Kursus pun takleh dah luar negeri melainkan arahan dan dibenarkan. Hampeh!

Apa pun, tahniah untuk aku. Takde yang wish kan. Haha. Thanks jugak sahabat yang selalu bagi advice dan tak putus-putus bagi semangat kat aku. Walaupun aku tak berapa pandai, tapi atas semangat tu aku cuba jugak yang terbaik. Thanks beb. Aku sayang ko lebeh. AKu harap ko pun akan berjaya jugak dalam apa jugak bidang dan kerjaya ko. InshaaAllah.

Thanks Allah kerana dipermudahkan segalanya. Thanks also to my parents atas doa dan redha nya. Cuma aku tak berharap nak dapat jawatan tu pun sebab kene lalui lagi proses-proses interview, exam, Assessment and so on. Plus tempat kite ni pilih bulu sikit. Yang rapat-rapat and pandai bodek tu la yang akan dapat. So, kite diam-diam je ok.

Next entry aku share soalan-soalan KPSL tu ok. Cuma cara jawab tu aku bukan tak nak share, sebab tak pasti macamna sebenarnya. Tapi kalau nak tanya personal dengan aku, inshaALLAH aku share. Tapi tu bukan cara jawab yang dikehendaki jabatan kot. Tu cara aku. Sebab nya masa sebelum exam dorang tak ajar pun  cara jawab soalan. Aku cuma praktikkan balik cara aku jawab SPM dan KPSL jabatan lama aku dulu. InshaAllah lebih kurang je. So, sape-sape nak contoh soalan, tunggu next entry aku ok. Tunggu betul-betul free tauu...


Mmmmuahhhciked ...!

5 comments

November 29, 2017 at 1:53 PM

yay! congrats!!!!

November 29, 2017 at 2:20 PM

Alhamdulillah...tahniah

November 29, 2017 at 2:40 PM

@Atie Zieya tq sis! =) lanje beger satu.. hehehe

November 29, 2017 at 2:40 PM

@aryan azra alhamdulillah, tengkiuu siss azraaa! =)

November 30, 2017 at 9:27 AM

meh penang! sis blanja beger

Post a Comment