بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalammualaikum semua..!
Alhamdulillah, rezeki harini sebab gaji masuk! kah kah kah..! Mesti harini ramai yang berpusu-pusu ke bank kan..? al-maklumla hari gaji katakan. Dah sebulan lebih dok tertunggu-tunggu gaji, harini semua langsaikan tanggujawab masing-masing. hehe, Macam biasa, hari gaji, aku tak macam orang lain. Aku tak suka bersesak-sesak dengan orang. Tapi hutang tetap setel. Aku buat segala payment melalui maybank2u je.. InshaAllah selamat. Jarang sekali nak gi bank time payday. Tak tahu kenapa, dah habit aku dari dulu. Nak pakai cash kene amek dua tiga hari lepas payday.. Sebab utama tak suka Q, tak suka sesak! kikiki.. Ok, meh aku nak share antara GAJI dan REZEKI. Actually, gaji is one of our rezeki jugak. Itu pendapat aku, lain-lain orang lain pendapat kan.
Gaji ada slip
Tapi rezeki tak ada slip
Gaji dari syarikat
Tapi rezeki dari Allah
Gaji berupa Duit/wang
Tapi rezeki boleh berupa apa sahaja
Gaji diperoleh dengan bekerja
Tapi rezeki diperoleh dengan iman & taqwa
Gaji dah pasti setiap bulan akan dapat
Tapi rezeki belum pasti
Gaji mungkin besar, tapi selalu rasa tak cukup
Tapi rezeki selalu mencukupi walaupun jumlah tak seberapa
Gaji mesti dikejar, dicari & diusahakan dengan bekerja
Rezeki akan datang bagi orang yang beriman & bertaqwa
Dan tidak semua orang akan dapat gaji
Tapi setiap manusia mesti ada rezeki masing2
Gaji boleh tersalah orang
Tapi rezeki tidak boleh tersalah tuannya
Gaji ditentukan oleh masa kita kerja
Tapi rezeki ditentukan oleh iman & taqwa kita kpd Allah s.w.t
Jadi jangan takut, jangan risau dengan rezeki
Semua dah di atur oleh Allah
Dan ketahuilah gaji adalah sebahagian kecil dari rezeki.
So, apa yang aku dapat simpulkan disini, gaji memang tak sama macam rezeki. Rezeki ni bukan duit je, rezeki ni dari pelbagai sudut. Rezeki sihat, rezeki dapat kerja, rezeki dapat kebahagiaan. And sekali lagi, gaji is also part of our rezeki.
Selamat makan besar ye malam ni..! hehe. AKu dok sorang-sorang je la nak carik red belbet kesayangan. Lama ngidam. eh..?
Sayang korang ketat sendat dan padat! MmMmmmuuahhhciked..!
2 comments
nice sharing
@Muhammad Khairuddin Lim sharing is caring bro.. =)