Thursday, January 11, 2018

Al-Fatihah Untuk Abah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt semua.

Entry aku hari ini, nak ucapkan salam takziah kepada keluarga MIG yang telah kehilangan abah tercinta yang dah pergi menghadap PenciptaNya pada Isnin yang lepas di kampung halamannya. Aku bahasakan dia abah je, senang.

Actually, aku baru sekali je pernah jumpa abah dia. Plan bulan 2 ni ada ke KL, ingat nak selit perjalanan aku ke tempat dorang, nak jenguk sebab memang tahu abah sakit. Memang hati ni kuat sangat nak jenguk dorang tanpa ada niat lain. Beb, maaf k. Aku memang tak bagitau hang sebelum ni, sebab hang dah pi jauh daripada aku. Sebab tu aku nak gi sendiri-sendiri ja.

Aku dan kawan-kawan lain doakan abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Beb, aku tahu hang kuat. Abah pergi sebab Allah lagi sayang dia. Ajal maut tu Allah dah tetapkan cuma kita ni manusia je tak tahu. Sekurang-kurangnya abah tak menderita sakit lagi. Aku kesian sangat beb dengar hang cakap darah memang banyak gila dulu tu. Allah memang sayangkan abah, sebab tak nak dia derita. Dia jemput abah sebab nak abah rehat. Penat dah dia hadap sakit tu selama ni. Sabar ye beb. Memang senang nak cakap sabar, lagi berat apa yang orang tu sendiri tanggung. Tapi itu je aku boleh cakap beb. Hang kena kuat semangat. Ingat pesan abah selalu.

Apa-apa pun, setiap pagi, kita semua perlu sedekahkan alfatihah untuk kedua orang tua kita tak kira la masih hidup atau dah meninggal dunia. Sebagai tanda ingatan kita kepada dorang, dan sebagai memberkati hari-hari yang akan kita lalui. Ini peringatan untuk aku jugak.

Beb, aku sayang hang beb. hang kena kuat demi keluarga hang ok. Sekali lagi, salam takziah untuk semua keluarga hang. Ada masa nanti kalau sempat turun, aku balik kampung hang ok. Boleh dak..? Kalau diizinkan la.

Rakan-rakan readers & bloggers, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk abah Ghazali Bin Othman yang telah kembali kerahmatullah pada 8 Januari 2018 yang lepas. Semoga roh belia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


aku sayang ko beb!