Tuesday, June 12, 2018

Salam penghujung Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Ya Tuhan,
Tiada hati sekeras kerikil. Semuanya mampu Kau leburkan. Semuanya dengan redaMu jua.

Kami sedih, Ku gembirakan. Kami alpa, Kau ingatkan. Kami rindu, Kau dekatkan. Kami buntu, Kau lapangkan.

Kami berdoa, Kau makbulkan.

Lembutkan hati kami terus mengingatiMu. Menambah amalan. Terus kuat beribadah. Jadikan kami terus menjaga solat. Puasa yang sebenar-benar puasa.

Terus Rindu lagi,
Mengejar Ramadan yang hampir pergi.

Semoga diberi kesembuhan daripadaMu Ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang terjadi.

Salam penghujung ramadhan.