Thursday, July 19, 2018

Sebab kita tak baik...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Kadang - Kadang Allah hantar orang baik dengan kita sebab kita tak cukup baik,



Dan



Kadang-kadang Allah tarik mereka balik semua sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia.



Antara rezeki terbesar dalam kehidupan kita apabila Allah hadirkan rasa bahagia melalui orang-orang yang berada di sekeliling kita.



Sentiasa Bersyukur..
Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang masih ada masa aku susah dan senang ni. Banyak sangat dah dugaan dalam hidup ni. Banyak juga jumpa ragam manusia, ragam sahabat yang kejap ada kejap tak ada.

Allah Adil tu Tim. Sebab tu dia uji kau sejauh ni. Walaupun semua kawan kau dah tak ada, tapi Allah sentiasa ada.

Syukran Ya Allah.. *lap ayaq mata*

Tuesday, July 17, 2018

rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Makan pun kena kunyah. Inikan pula rezeki. Harapkan turun bergolek-golek. Memang tidaklah jawabnya.

Pasang angan nak kurus boleh. Selagi tak diet, mana mahunya jadi. Baju tak berlipat, semakin hari bergunung Everest nanti.

Dah, pagi ni kena semangat lagi. Usaha lebih sikit dari semalam. Tuhan suka orang yang banyak usaha.

chaiyookkk tim!