Friday, September 28, 2018

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua.

Hari ni nak join satu lagi segmen.
Yang bagusnya segmen kali ni, semua peserta yang akan join akan dimasukkan ke dalam bloglist. So that boleh la korang blogwalking blog peserta yang lain disamping membantu meningkatkan traffic blog dorang kan. hihi.

 Ada saguhati penghargaan kepada 2 blogger yang terawal join segmen ini. Apa hadiahnya? korang klik dulu banner kat bawah ye. Yang pasti aku bukan 2 orang yang terawal tu.


macam biasa la korang, klik je banner untuk join ok. Gudluck semua!

Thursday, September 27, 2018

Ragaman!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Siapa tak kenal Faizal Tahir kan? Idolaaa nih! Hihi, dari mula dia masuk industri seni ni memang aku dah minat gila suara mamat ni. Lagu dia pun macam-macam genre. Memang layan lah weh. Mula dari lagu sedih, lagu happy, lagu bagi semangat, lagu patriotik, lagu keinsafan, semua dia dah ada dah. Baru-baru ni dia keluarkan lagu yang agak rare bagi aku. Ala-ala 60-an giteww. Music Video dia pun rare, siess aku sukee..! Memang best! Kelab Malam Al-Ronggeng Maju tu tak tahan tu..! Hahaha

Tapi kan, lagu kali ni nak di karoke kan macam agak susah! hhahahaha. Memang dia sorang je lah boleh nyanyi lagu ni kot. Actually dalam lirik lagu ni banyak penceritaan especially cerita pasal ragam rumahtangga. Sayang-sayang jugak kat bini tapi bebel tu totapp ada! haha. Tak silap aku dia pernah maklumkan yang lagu ni bukan lah cerita pasal rumah tangga dia, tapi rata-rata yang telah berumah tangga memang ade lah ragam macamni. Betul kan..? Angguk kepala cepat! Kisah benar tapi dalam konteks yang melucukan. Tu pendapat aku lah. Hahah, wahai wanita kat luar sana. Sila mengaku betuii ka idok..?!

Dah, korang layan dulu lagu ni ok. Mmuah!



Ragaman - Faizal Tahir

Mr Ragaman
are you home?
who's Mr. Ragaman?
Mr. Ragaman i brought my sister with me
can you tell us a stry please?

hari isnin kau berkata nak makan lasagna
dah sampai kedai nak tomyam pula
oh my god...
petang rabu nak cendol pula
biar betik...
nasiblah baik mood aku baik

puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

makan malam sudah dihidang
kau masih melaram
time tengok bola kau ajak keluar

Ya Allah...
masuk kereta baru gear dua
kau nak balik
nasiblah baik muka kau cantik

bulan puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

hanya kita berdua
sampai hari tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua
kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya...

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya...
aku sayang padanya...

Tuesday, September 25, 2018

Original Sabahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


ORIGINAL SABAHAN 

Atmosfera ft. Floor 88

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
jangan koti kau tidak percaya saya
menyesal nanti bila kau dengar ini

odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau



odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau




Tak tahu pulak yang Floor88 ni orang Sabah!
Aku suka gila lagu ni especially part bahasa Dusun tu. Boleh la jugak belajar bahasa dorang ni. Hihi, mana tauu kawen dengan orang Dusun nanti kan? Eh! 😜

Bahh, sapa orang Sabah sini..?


Love yaaa from jiran sebelah.. 💘💘💘💘


Monday, September 24, 2018

Blog Walking Segment by KasihJuju

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Syarat Penyertaan:
  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk: Blog Walking Segment by KasihJuju
  3. Letakkan banner segmen dan link kan semula ke entri ini,
  4. Follow blog Kasih Juju,
  5. Follow Facebook Page Blog Kasih Juju -->
  6. Follow Instagram Helmi Julia di www.instagram.com/helmijulia
  7. Publish dan tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja.
Segmen ini bermula dari 19 September 2018 hingga 30 September 2018 jam 11.59pm



PERASAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Perasaan - Sheryl Shazwanie

seringkali ku pandang tenang raut wajahmu
terasa seluruh raga larut dalam getar
nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

entah berapa lama harus memendam rasa
bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas di dalam hatiku sendiri

takdir cinta hadir tanpa diduga
akan ku arungi kesedihan ini

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan

perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri



Ingatkan Siti Nordiana yang nyanyi lagu ni. Selalu dengar kat radio je rupenye penyanyi baru. Hahaa! Nampak sangat iolss tak up to date kan! Jom layan lagu ni. Macam-macam perasaan dengar lagu ni. Haha. Nama tajuk pun dah perasaan kan.

Sunday, September 23, 2018

Encik Mon Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Semalam macam kecoh je pasal penggunaan straw taun depan tak boleh pakai lagi kan. Actually, aku tak tahu pun hujung pangkal cerita ni. Ape eh sebab dia tak benarkan penggunaan straw tu?

If sebab dia bahan plastik, maybe yes. Nak save our earth la kot kan. Yang tu memang aku sokong. Sebab nye aku ni pantang sikit orang main buang sampah merata-rata lagi-lagi plastik. Susah sangat ke nak nak buang sampah tu eh? Pasal penggunaan straw ni tidaklagi dibenarkan tu ada part yang aku sokong lah. Alahhh, korang kat rumah pun minum camtu je kan? Mana pakai straw beb! Tapi, aku still maaaalas nak scroll lah cerita sebenar sebab apa. Semalam tahu pun sebab terbaca orang dok posting pasai straw memanjang.
Hihi.

So aku cadangkan korang beli la bekas yang siap straw tua! Ala,macam yang budak budak bawak bekaii turun sekolah tu la.. Nak sangat kan pakai straw?! Hihi. Lagi satu, kalau bawak bekas sendiri tu ok jugak, bekas diyakini bersih kan. Kalau kat kedai, kat celah-celah gelas tak cuci elok pun kadang aku geli jugak nak minum. Plus orang kesai boleh save cost beli straw. Tapi bayaran air kene turun seposen la eh? Hihihi.

Nah, aku tunjuk korang bekas comel aku jumpa tadi. Hihi. Comel sebab ianya doraemon. 😍

Boleh bawak gi mana-mana, letak je dalam beg.


Kenapa comel sangat ni mon..?

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum semua!

Teringin nak join segmen and teringin nak masuk bloglist orang. Kita cuba ok. Hihihi..



Sila klik banner untuk join! Gudluck semua!



Friday, September 21, 2018

Hebahan : Hari Bertemu Pelanggan JPA Secara MAYA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss..!

Unik kan topik hari ini. Hihi. Tiba-tiba rasa nak promosi sikit untuk rakan-rakan bloggers dan hebahan umum kepada yang bukan penjawat awam. Maybe lambat tahu pasal hebahan ni kan. Kalau penjawat awam memang dah sedia tahu la kot. Kalau yang alert lah, kalau yang tak alert tu cheq tak tauu la nak kata apaa.. Hahahahahah!!

Untuk makluman korang semua, hebahan arini bukan program jabatan aku tapi ia merupakan program pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dorang ni nanti akan mengadakan Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya! Rare kan? Biasa kita dengan Program bersama pelanggan je, pihak agensi akan bukak booth, kaunter and pameran what so ever tu la kan. So, now, disebabkan duni internet hanya di hujung jari sahaja, so pihak JPA mengambil inisiatif untuk mengadakan program bertemu pelanggan secara MAYA je! Bukan Maya Karin, Maya Matahari ke apa.. Tapi secara dalam talian. Senang cerita kita panggil e-Pelanggan je. Sila lihat banner di bawah untuk tarikh dan masa program ok. 



Program ini merupakan inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bertujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan dalam talian (online) ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas.  Pelanggan/ orang ramai boleh  berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.  Talian akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Actually ni bukan julung kali dibuat dah, program kali ni adalah bilangan yang ke 5 untuk tahun ni. Maybe tak ramai yang tahu kan..? Save the date cepat! Supaya dapat korang standby apa yang nak korang tanya nanti dengan pihak JPA.

Topik perbincangan adalah seperti berikut:

Cuti/Kemudahan
Tajaan
Peperiksaan
Pengiktirafan
Tatatertib
Elaun
Pencen
Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
HRMIS
Pertukaran
Naik Pangkat
Dasar Perkhidmatan
Transformasi Perkhidmatan Awam

Program ni bukan untuk penjawat awam sahaja tau. Nak share dengan kawan-kawan dan orang awam pun boleh. Semoga segala persoalan korang nanti terjawab la nanti. Ingat tau, 27 HARIBULAN!! Aku dah backlink kat kat situ, korang tinggal nak klik je.

Save siap-siap kat planner korang ok. Sekian, hebahan hari ini. Hihihi.

Love ya..!

Tuesday, September 18, 2018

KEPURAANMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dengar lagu ni mula-mula tu aku ingat Hafiz Suip yang bawak. Lebih kurang pulak suara. Rupanya penyanyi baru. Aku pun tak pernah dengar nama penyanyi ni. Apa pun lagu dia best sangat. Chorus tu memang aku nak tujukan pada seseorang. Huhu. Eh, bukan setakat chorus lah, macam kena pulak lirik lagu ni dengan apa yang dah jadi. 😣😣 ahhhhhh, move on tim move on!!!! Ok, dengar sendiri lah lagu ni, sambil fahamkan lirik ok. Seriusss bessssst!



Kepuraanmu - Luqman Faiz

tersingkap segalanya
terang dan bersuluh
balikan kepuraan
bicara yang palsu
memusnahkan perasaan ini
terhadap mu

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat
hatimu padaku

kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat hatimu

ohh ohhh

kau hancurkan
segala janjimu
kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

haa ahhhh uhh
yang pernah mengikat hatimu
padaku


Tuesday, September 11, 2018

Salam Maal Hijrah 1440H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Tengok alam, kau akan lupa kau sedang menghadap saratnya kenderaan bersesak. Begitulah kehidupan,kau asyik melihat ujian, nikmat kau sedang terbentang luas.

Maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

View balik dari kampung. Gambar pakai Samsung je. 

Salam Maàl Hijrah 1440h. 

Monday, September 10, 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Lama tak join segmen.
Takpe, taun ni kita try ye.. sementara arini free sikit boleh membelogg sepanjang hari walaupun pakai henpon cinonet je.  hihi.

Macam biasa ye kawan-kawan, sila klik banner untuk join ok. Macam biasa jugak, kalau join segmen automatik kita boleh blogwalking and kenal bloggers yang lain kan.

Actually, belogg baru aku ni pun ciput je followers compare to my previous blog. Tapi takpe, aku buat blog untuk suka suki je, bukan sebab nak dapatkan ribu-ribu followers.
Kalau ade yang follow tu syukur alhamdulillah. Kira bonus la tewww... kikiki.. 😍


Ingat, klik banner ok!

Cuti-cuti 2019

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss!

Pasti semua tak sabar nak plan cuti next year kan? Nah, ni aku attachkan senarai public holiday untuk 2019. So dah boleh la korang rancang percutian korang dengan member and family ye!

Source : Facebook


Aku..?

Ada plan jugak tapi tak sure nak solo travel lagi ke atau dengan member. Sebab ade ex housemate ajak holiday jugak. For gegel only ok. Hihi.

Tapi.. dorang plan bulan April next year la pulak. Bulan 3 next year, aku ada event MBOR lagi dengan team KALK (Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang). Dekat sangat la pulak nak ambil cuti. Ah, pasal tu nanti je la aku story. Haha. Sepatut bulan 9 ni nak pergi tapi postponed atas sebab tertentu. Syukur jugak la postponed sebab keadaan kesihatan aku tak berapa stabil sangat sekarang ni. Kalau tak, melepas laaa nak naik santubong. Rugi je daftar. Lagipun pegi solo, hanya mengharapkan peserta lain je la jadi kawan aku nak naik nanti. Eh yang tu nanti aku share kat entry lain je la eh.

Ok, back to cuti ni tadi. So far pada kajian ringkas aku sendiri jap tadi kat website AA, ade la beberapa tempat yang murah kalau nak pergi. Cuma aku dalam dilema nak pegi mana satu ni ha.. haha!

U gaiss tolong pilih trip mana best..?

- KRABI
-PHUKET
-BANDUNG
-LOMBOK
-BALI
- JAKARTA

kalau perasan, aku ni memang suka gi pulau or pantai2 gitu. So, list tempat tu kebanyakan tempat macam tu la.. aku kurang sikit tempat shopping-shopping ni. Jakarta tu last choice, tak tau sebab ape nak pergi. Sebab nak tengok tempat orang je kot? Hihi. Yang aku tahu Jakarta ni sesak macam KL. Ahh, mesti bosan kan? 😂😂

share la jugak korang punye pengalaman or pendapat. Kalau ada iti sekali boleh la sharing kat Tim ok.

Love ya! 😘


Saturday, September 8, 2018

RINDU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Pejamkan mata. Biar kembali semula seperti dulu kala. Oh terlupa, ia kenangan semata. Sejarah yang nyata.

Rindu?

Tidak pada semua yang silam. Ada bahagian yang mahu aku lupus terus. Telah berdarah menjadi parut. Kekal di situ.

Rindu?

Pada yang manis indah dan terasa syurga. Kenang tetap kenang. Berulang tetap juga tidak. Noktah.

Lelap. Iya lelap saja.

*Rindu gilaa ngan ko beb*
.

-Brunei Darussalam-


Friday, September 7, 2018

Ujian hidup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum..

Kawan, janganlah kita cepat menghukum takdir orang lain, kerana Allah lebih tahu apa yang Allah tentukan.

Buat sahabatku dan diriku yang sedang diuji,  ujian ini singgah pada sesiapa sahaja yang terpilih. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Betapa manisnya iman, dalam keadaan begini sebenarnya hati kita sedang ditarbiah. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat lain yang dikurniakan dan semoga tabah melalui ujian ini.

Aku ni sentiasa doakan hanya yang terbaik buatmu. Believe me, u will get thru this.


Sunday, September 2, 2018

Baik buruk?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

......
Baik atau buruk..??

Andai kita fikir baik, maka yang baik akan datang.

Andai kita buruk, maka yang buruk akan datang.

Doa baik baik untuk kehidupan.
Moga Allah bantu dalam setiap urusan kita.

Sebenarnya nak carik kekuatan. Tapi..
Kena fikir baik buruk keputusan yang akan diputuskan.

Merdeka kah aku nanti?
Ataupun sekadar kepura-puraan.

Atau harus berfikir positif saja all the time supaya semuanya akan baik baik saja..?

B u n t u.

Salam kemerdekaan ke-61 semua.


Ok lah, kita buat keputusan nak ride ke hati awak terus lah. Eh? 😆