Thursday, June 28, 2018

Back to reality!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua!
Berat makin turun ke naik tu? Maklumlah lemang, ketupat, rendang semua balun. Tambah sikit lagi. Nasi kandar, nasi arab, nasi hujan panas, lagi..?

Kakak maintain, kot. Makanan apa menu pun tak salah. Tekak kita tu yang kena tahan oleh nafsu ni. Alhamdulillah, nak kata turun kilo tu ada la sikit. 😊

Minggu ni dah back to reality. Ini betul-betul punya. Bukan cubaan lagi.
Kerja pun sudah banyak menanti.

Yang malangnya, Isnin masuk kerja dah ada tanda-tanda demam. Balik kerja tu terus berselimut, menggigil, sampai ke hari ni, panas tak kebah lagi. Cuma malam ni ok sikit, xmacam 3 ari sebelum ni. Sampai tak larat nak angkat. Sakit kepala yang teramat sangat, sakit sendi, sejuk yang teramat sangat. Makan ubat pun sama je. Tekak aku dah tak boleh nak telan makanan. Bubur pun tak dapat nak telan sangat. Ade ulser jugak kat tekak. Banyak pulak tu. Telan air pun sakit tahu! Ya Allah, sakit apa pulak dah ni.. Doktor kata kena jangkitan kuman. Aish, antibody aku tak kuat, asyik kena infection je skang ni. Rasa macam taun ni lagi kerap sakit berbanding sebelum ni. Malam ni tambah satu lagi penyakit, boleh flu pulak!

So lengkap semua pakej, flu, batuk, athma attack, demam panas, ulser, sakit kepala,sakit sendi!!
Dah penat minum air, tak larat asyik ke toilet je. Huhu. Kalau gi spital ni takit kena warded macam dulu, isi air bagai. Cucuk sana, cucuk sini. 😞

Beberapa hari sebelum raya pun kene sakit tu lagi, ni abes raya pun kena lagi. Alahai.. banyak betul dosa aku. Husnuzon je, Allah bagi sakit tu bersebab. 😢

Selamat hari raya lagi.
Aidilfitri 1439/2018

1 comment

July 4, 2018 at 11:16 PM

Semoga akak cepat sembuh

Post a Comment