Thursday, June 28, 2018

Back to reality!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua!
Berat makin turun ke naik tu? Maklumlah lemang, ketupat, rendang semua balun. Tambah sikit lagi. Nasi kandar, nasi arab, nasi hujan panas, lagi..?

Kakak maintain, kot. Makanan apa menu pun tak salah. Tekak kita tu yang kena tahan oleh nafsu ni. Alhamdulillah, nak kata turun kilo tu ada la sikit. 😊

Minggu ni dah back to reality. Ini betul-betul punya. Bukan cubaan lagi.
Kerja pun sudah banyak menanti.

Yang malangnya, Isnin masuk kerja dah ada tanda-tanda demam. Balik kerja tu terus berselimut, menggigil, sampai ke hari ni, panas tak kebah lagi. Cuma malam ni ok sikit, xmacam 3 ari sebelum ni. Sampai tak larat nak angkat. Sakit kepala yang teramat sangat, sakit sendi, sejuk yang teramat sangat. Makan ubat pun sama je. Tekak aku dah tak boleh nak telan makanan. Bubur pun tak dapat nak telan sangat. Ade ulser jugak kat tekak. Banyak pulak tu. Telan air pun sakit tahu! Ya Allah, sakit apa pulak dah ni.. Doktor kata kena jangkitan kuman. Aish, antibody aku tak kuat, asyik kena infection je skang ni. Rasa macam taun ni lagi kerap sakit berbanding sebelum ni. Malam ni tambah satu lagi penyakit, boleh flu pulak!

So lengkap semua pakej, flu, batuk, athma attack, demam panas, ulser, sakit kepala,sakit sendi!!
Dah penat minum air, tak larat asyik ke toilet je. Huhu. Kalau gi spital ni takit kena warded macam dulu, isi air bagai. Cucuk sana, cucuk sini. 😞

Beberapa hari sebelum raya pun kene sakit tu lagi, ni abes raya pun kena lagi. Alahai.. banyak betul dosa aku. Husnuzon je, Allah bagi sakit tu bersebab. 😢

Selamat hari raya lagi.
Aidilfitri 1439/2018

Tuesday, June 19, 2018

Al-Fatihah....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Dukacita dimaklumkan bahawa pakcik kesayangan kami baru sahaJa menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi. Ermm, baru petang tadi aku sebut-sebut nama beliau sebab nak gi ziarah. Dah lama tak jenguk sebab beliau di Kuching. Aku pulak di Sibu.

Malam tadi pukul 10.30 malam kami sekeluarga sampai ke Sibu daripada Sri Aman, dapat berita kematian setengah jam kemudian. Ralat sangat rasa sebab tak terus pecut ke Kuching. Tak sangka beliau pergi secepat ni. Allahu, kami redha. Aku cuba redha sebab aku yang nak sangat jumpa arwah and ansyik sebut-sebut pasal dia petang tadi. 😢😢

Now, kami sekeluarga terus bergerak ke Kuching lepas setel kemas barang-barang. Adek pompuan aku terpaksa tinggal sebab tengah tunggu hari nak bersalin. Mak aku pun sampai serba salah nak tinggalkan dia. So aku decide, kene pergi malam ni jugak sebab jenazah akan dimandikan pagi esok, takut tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Allahu aku memang tak kuat, sebab aku antara yang paling rapat dengan arwah sejak kecik.

Kawan-kawan, doakan kesayangan aku ni yer. Permudahkan urusan kami, perjalanan kami ke kuching. Kami akan gerak pukul 2 ni nanti. Tipu la cakap tak penat, tak ngantuk. Sebab baru je balik dari Sri Aman tadi. Tak sempat nak rehat. So, terpaksa aku bergilir-gilir drive sebab takut adek aku ngantuk. Even tadi pun nyaris terbabas, tapi Allah masih beri kami peluang untuk hidup.

doakan kami yer..
.alfatihah untuk pakcik kesayangan. Semoga roh mu dicucuri rahmat.

Monday, June 18, 2018

UNFOLLOW?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


U N F O L L OW . . . ?

Tak apa. Hari raya, aku redha je ko remove. Mungkin ada sebab tersendiri. Haha. Namapun takpenting.mungkin kerajaan baharu ni segalanya baharu. Pendirian manusia pun boleh berubah rubah. Mungkin, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Mungkin dulu kawan sekarang lawan. Mungkin. Kita tak tahu apa dalam hati orang. Hmm.
Aku tak kesah, tapi aku sedikit terkilan.
Tipu cakap tak terasa tapi tu hak engkau.

Ni kali kedua. Macam budak-budak, padahal dah besar. Tak tahu apa alasan lagi. Biarlah. Lepas ni malas dah pun nak ambil Tahu. Nanti kang tak pasal-pasal dituduh melulu.

Ntah apa lagi cerita buruk pasal aku orang sebarkan. takpa, semua dah tepuk tangan termasuk engkau. Hehe. Tahniah la yer. Aku wish ikhlas ni. Cuma nak tahu ape ye motif semua ni? Macam-macam dah berlaku dalam hidup aku. Ape ye semua ni beb?

Sebab aku tak pernah benci kau, walau macamana pun ko cakap pasal aku, ko hina aku, ko perli perli aku. Ko buang aku bila ko dah hepi.

Takpe, aku okey.
Nakcakap satu je, “AKU TERKILAN!”


Sunday, June 17, 2018

Selamat Hari Raya!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Selamat Hari Rayaaaaa semuaa!!!!

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua pembaca dan stalker belog yang tak berapa nak belog ni. Ye aku tahu aku jenis pompuan kasaq, so ayat-ayat posting pun banyak la kasaq-kasaq. Serupa orang nya. Even dalam percakapan pun aku kasaq. Sorry for everything.

Raya baru. Raya yang aku rasakan lain dari raya sebelum ni. Bukan sebab kerajaan baharu. Hehe. Takpe, tak perlu nak dicerita sangat.

Bakal jodoh, sorry ok. Walaupun sedondon, kita raya asing-asing dulu. Kah kah kah! Pagi-pagi dah message say ‘selamat hari raya jodoh’. Eh! 🤣  kalau ada jodoh, berjodoh la kita. Nak datang merisik pun bagi la kita beraya puas puas dulu kat kampung. Hehe.

Cakap pasal balik kampungg!! Balik  kampung ramai-ramai, jem atas jalan raya, lebuhraya. Itu biasa lagi. Ini haa tak sempat nak tempuh jem bilik air, jem tempat cas telefon.

Hai, nak park kereta pun jem juga. Meriah meriah.

Syawal hari ke-3 dah ni. Berapa rumah dah korang gi beraya..?

Tuesday, June 12, 2018

Salam penghujung Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Ya Tuhan,
Tiada hati sekeras kerikil. Semuanya mampu Kau leburkan. Semuanya dengan redaMu jua.

Kami sedih, Ku gembirakan. Kami alpa, Kau ingatkan. Kami rindu, Kau dekatkan. Kami buntu, Kau lapangkan.

Kami berdoa, Kau makbulkan.

Lembutkan hati kami terus mengingatiMu. Menambah amalan. Terus kuat beribadah. Jadikan kami terus menjaga solat. Puasa yang sebenar-benar puasa.

Terus Rindu lagi,
Mengejar Ramadan yang hampir pergi.

Semoga diberi kesembuhan daripadaMu Ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang terjadi.

Salam penghujung ramadhan.


Friday, June 8, 2018

DIA DATANG LAGI...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Dia datang lagi.
memberi kesakitan pada diri aku lagi.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku..
Berikan kesembuhan pada aku. Nak puasa ni sebak pulak. Dah nak raya dah ni sakit tu datang balik. Tak tenteram aku dibuatnya.
Terima kasih pada yang concern. Aku ok, cuma tak tahu la bila ajal aku sampai.

Maafkan sekali lagi hambaMu yang lemah ini. Untuk semua kawan-kawan, apa pun kita kena redha kan. Yer, bukan aku seorang yang sakit, yang susah. Ade ramai lagi sebenarnya.

Aku ingat pesanan seorang sahabat, Allah uji kita sebab kita kuat. Ya Allah, sebenarnya aku tak la berapa nak kuat sekarang ni.

Bila sakit tu datang, tak berani nak bagitau family, especially mak aku. Ermmm..
Macamana ni yer..?

Maafkan semua kesilapan aku ye kawan-kawan, sahabat blogger, kalau ada ayat sepanjang membuat posting menyebabkan korang terasa hati ke ape.

Doakan kesembuhan ini ye. Sakit yang teramat sangat semalam and 2 hari lepas.
Harap-harap dapat la beraya dengan family tercinta tahun ni walaupun kami tak cukup korum.

Sesungguhnya aku tahu Mati itu PASTI Ya ALLAH....

Thursday, June 7, 2018

Jari Gemok

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Jari gemuk. Bila taip kena hati-hati lebih sikit. Semak banyak kali sebelum send atau enter mesej. Ada juga terlepas satu dua. Hee

Ini satu sebab pulun nak diet. Nak tekan huruf pun jadi tak selesa. Baru kejap tadi hampir memalukan diri sendiri.

Hendak taip "soalan". Udah tertaip "sialan". Idak ke boleh mendatangkan marah yang di sana. Padahal di sini tak sengaja. Akibat jejari gebu sangat. hihihihi~

Terlajak bot kita undur. Terlajak taip padah jadinya. Ada ke yang hadapi situasi sama. Marilah kita senaman jari.

Sebab tu banyak typo kat belog ni sebab type kat phone je. Dah malas bukak laptop! haha

Kakak belum ke mana-mana. Kau orang balik kampung ke tu?

Bubar episod lama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Tutup mata,

Pejam lama. Kebaikan apa telah aku perbuat hari ini. Sumbangan apa telah aku berikan. Coret dalam hati. Esok ada hari baru. Semoga panjang usia untuk beri lebih lagi.

Terima kasih untuk semua doa dan kebaikan kalian. Terima kasih juga atas kata-kata hina yang pernah menjadi tamparan dalam hidup aku sebagai manusia bernama Tim.

Maaf di setiap sela dan cela. Maaf atas segala perbuatan dan tutur kata. Jikalau ditakdirkan aku terus tidur, halalkan segala-galanya.

Bubarkan saja episod lama.
Bak kata seorang sahabat yang dulu nya sahabat (tak tau la dia anggap aku ni ape dah sekarang), lupakan semua pasal dia. Pasal Family dia, and apa2 je lah pasal dia. Anggap kita tak kenal langsung kata beliau. Nahh. Awak yang mintak sangat kan. Don't blame me aaaaah. Nak copy paste ayat dia takut kena kecam pulak kite ni. Ehem, i mark your words beb.. segar lagi dalam kepala ni.

By the way, aku menjauh and menghilang ada sebab. Sebab yang aku rasa aku sendiri pun tak tahu. The most important is sebab respect. Tapi, biarlah. Biar aku sorang je tahu. Pandai aku jaga diri.

Maybe lepas ni lebih jauh lagi kot. Hehe. IG aku lepas deactivate, bila login aritu kena tunggu lagi nak deactivate balik. Haish. Rasa rasa perlu tak create yang baru..? Sayang ngan gambar pulak kan. FB pun dah on off. Ada masa nak deactivate jugak. Belog ni..? Alahai, stop posting kat belog lama aritu, bukak yang baru ni. Eh still ada mata-mata ngintai dari tirai kamar.  Ingat aku tak tahu agaknya. Kekekekkeke!! 😂

Macam-macam hati kena jaga. Kali ni aku nak jaga hati sendiri, boleh?

Done blah.

Selamat Malam!

P/s : kakak ni baru abis bersilat kat dapur. Buat biskut hipstur katanya. Haha! Episod derhaka pada resepi coming soon. 😂

Eh eh, ade orang main chak chak kat belog kitewwww laa.. 😂

Saturday, June 2, 2018

Hurts

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


When someone hurts you.

Eh ayat orang putih pula dah. Tajuk nak gempak aje. Al kisahnya apa yang kakak tulis dan yang kau orang sedang baca ini ada kena mengena dengan kenyataan atas tu.

Hati rasa sakit ya amat. Bagai ditusuk sembilu. Hancur lebur berkecai cair jadinya. Agak-agak pernah rasa?

Mesti ada yang pernah. Ada yang tidak.

Kadang, yang di sana tak bermaksud. Bukan juga tuju pada kita. Hati tisu biasalah, sentap tak kena gaya. Orang tak kata kat dia, dia kata orang kata kat dia. Macam pernah dengar je kan. Huhu

Jadi,

Sungguh pun yang di sana ada niat mencela-cela. Kita ada hak untuk diamkan saja. Fikir juta kali untuk serang balas atau kekal diam sampai kiamat. Hati kita, mulut kita.

Bertindak bijak. Andai maruah diinjak-injak. Periuk nasi pun dah nak melayang. Kasi report saja. Iya, wajib. Diam? Tak perlu.

Sekian bebel malam ni.

Point sebenar nak tanya, apa kaler baju raya korang? Tolonglah, tolong. Please don't hurts me dengan baju yang hensem-hensem tu.

Kakak taun ni takde baju raya, kasut raya, macam semua orang. Aku recycle je. Takde rasa sangat nak raya sebab raya single taun ni. Eh? Memang takde mood la sebenarnya. Maybe sebab faktor umur kot. Haha!

Buat kek lapis je ade semangat sikit, sebab aku nak makan, bukan nak raya! Haaahahah!!

Malam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Malam,
Semoga tidak ada yang ganggu lena. Biar hilang amarah semalam.

Malam,
Semoga sejuk dan tenang. Teruskan saja istirehat bertemu Tuhan.

Malam,
Semoga lapang yang paling sulit

p/s : sorry sahabat, spoilkan semua. I can’t be perfect.