Friday, February 2, 2018

AIR ASIA DAH BOLEH TAMBAH LUGGAGE AND MEALS KALAU DAH SELF CHECK IN!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.

Hai semuaa! Selamat hari Jumaat.

Ni nak share pasal Air Asia ni, actually sebelum ni seperti yang korang tahu, bila kita purchase tiket kat Air Asia, once korang dah self check in tu biasanya tak boleh dah nak add on luggage and meals kan..? Aku pernah try jugak before ni. BUt tadi, walaupun aku dah tau tak dapat, aku saja-saja try, biasa kalau dah check in  memang tak boleh nak klik pape kat manage my booking kat website tu. Tapi tadi boleh pulak beb!! Hahaha. Soooo, aku explore la sampai habis, try tambah lugagge sebab member aku mintak tolong kot-kot boleh tambah lagi kan. Kami aritu memang dah purchase luggage 20kg sorang but, dia cakap nak tambah 30kg pulak, padahal aku dah check in. Its ok, i try dulu. Aku kan suka try and error. Tak dapat tu nasib la, terpaksa la tambah kat kaunter kan.

Bila dah try add lugagge tu boleh pulak klik, aku cakap dalam hati, entah-entah payment nanti die reject. Hahaha. Rupa-rupanya memang boleh weh! Aku siap bayar lagi pakai maybank2u. Successful pulak u. Di sini aku share screenshot tu kalau korang tak percaya ok. Eh, ke aku sorang je baru tahu procedure air asia yang ni..? haha. Tapi serius weh, last year dah pernah try, baru lagi kot 2017 tu, tapi tak leh beli kalau kita dah buat self check in.


Ni ha, selalu kalau dah selfcheck in tak boleh klik ke ruangan ni. Tapi ni boleh pulak.



Yang kedua ni pulak dah sampai part payment! Hehehe. Aku terlebih eksaited pulak padahal bukan free kot! Duit kita tu weh! Dalam hati aku, kalau kata lah boleh tambah, mesti kene bayar amaun penuh untuk 25 kg tu. 25 kg tu RM64.00. Tadi aku cakap kami dah purcahse untuk luggage 20 kg kan, aku bayar time tu untuk 20kg adalah RM57.00. Eh, by the way, rate international tak sama tau. Kalau penerbangan domestik, 20kg tu RM37.10 je! Well, Air Asia kan, semua benda nak charge. Hahaa! Maybe sebab tu kot dorang bukak prosedure baru ni. Duit masukk kott, tak kan tak nak kan. Hehhehe. Pandai la aku nih! =D Macam gambar kat bawah ni aku try 25kg. SO kena tambah RM7 je!!!


At last bila tengok macam boleh, aku try add on 30 kg terus! just tambah RM58 je. 30 kg tu dorang cas RM 115.00. Dah bayar pada awalnya untuk 20kg tu RM57, so aku tambah RM58 je la. Senang je kiraan nya, tolak je daripada berapa yang korang dah purchase sebelum tu. Kalau tak pernah purchase tu kene bayar penuh la ekk! Kang, jangan carik aku pulak cakap aku suruh tambah kalau yang belum pernah purchase tu. Haha!


Ni ha, tengok kat atas ni. Setel dah satu isu. So, kesimpulannya, sekarang ni korang semua yang kaki travel pakai Air Asia tu tak perlu risau dah. Dah boleh add on lagi kalau dah self check in ok! Aku baru try add on luggages, tapi aku rasa meals pun dapat kot.  CUma syaratnya kena ada duit lah baru dapat purchase. Ehehe. Saja nak share bagi yang belum tahu. Aku tahu mungkin aku naik peraahu sikit tu yang lambat tahu kot. Kahkahkah. Tapi kan, aku rasa ramai yang tak tahu lagi. Kan kan kan kan.. kikikikikki..

Okla, selamat mencuba.  Doakan perjalanan pergi dan balik aku and member yang lain selamat ok. Mana tahu kalau ada souvenirs nanti nak buat giveaway. hahaha! *Ade ke followers?* kahkahkahkah!

Mmmmuahhhciked.


7 comments

February 2, 2018 at 2:29 PM

good to know this... ! tapi mahal jgk huhuh
slalu i bawak naik MCD haha

February 2, 2018 at 4:10 PM

@Atie Zieya yup sis! mahal la tapi untuk lugagge kena la jugak kalau bawak banyak brg kan. untuk meal tu sy pun xkisah sgt. makan roti gardenier je dlm flght. hehe

February 2, 2018 at 5:52 PM

nice sharing

February 2, 2018 at 7:28 PM

tak pernah lagi guna service air asia but anyway nice sharing :)

February 10, 2018 at 1:58 AM

good sharing. it's good to know this earlier. would be easy for the trips in the future.

June 12, 2018 at 5:09 PM

Nape x ley buat mybb2u

June 12, 2018 at 5:10 PM

01125509019 boleh wasp sya x.. Buntu duk buat.. Sbb dia nk tolak dri card.. Msalahnya dah try buat.. Tak msuk2 code

Post a Comment