Wednesday, January 10, 2018

Dua Kosong Satu Lapan : 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.

Hai semua, hai bintang sayang..! it tooks a few days untuk aku post my first entry bagi tahun 2018 ni. Sebab nya ada masalah ngan coding or watsoever la pasal blog ni. Maybe aku tertekan something ke ape, yang menyebabkan aku tak dapat bukak blog and post entry. But now still dalam pemulihan lagi. Baru hari ini dapat klik kat new post, before ni loading memanjang je, nak post entry pun memang tak dapat. Ni pun aku try pakai mozilla. Kalau chrome memang stilll tak leh. Pesal ek?

Oh ok, panjang gila muqaddimah. Maybe tak terlambat lagi aku nak wish Happy New Year 2018 untuk semua bloggers, readers, silent readers, stalkers, and watever u called it. Hahaha. Maybe entry ni panjang, maybe tak. Kalau panjang sila gagahkan diri untuk baca sampai habis ok. hihi!

Alhamdulillah, masih bernafas lagi dibumi Allah ini tahun ini. Sebenarnya 2017 yang lepas adalah tahun paling pahit dan hitam untuk aku. Yes, aku. Bukan orang lain. Tapi dalam pahit tu memang ada yang manis. Yang pahit tu, biarlah aku dan bintang sahaja tahu. Pahit tu yang teramat sangat weh! Sepanjang aku hidup, aku ingatkan aku sakit 2014 tu paling pahit, rupe nye ini lagi pahit daripada tu!!! Bukan pasal sakit aku, but my personal problems. Ermm, sebak pulak.

By the way, nak throwback sikit kisah manis aku tahun 2017. Kalau kat IG ada bestnine, ni aku konon nak best nine sendiri. kah kah kah. Tapi bestnine kat ig tu taksilap aku gambar kite yang paling banyak orang like kot. Ahaha. Aku Tak pernah cuba apps tu pun weh! Ok, abaikan. kikikiki.

 Februari 2017, trip to Kota Kinabalu. Trip tu merupakan pertemuan geng-geng kursus aku yang lepas. Konon nak mini alumni la sangat kan. Kursus Pengukuhan Pasukan taksilap aku namanya, kat IKWAS Kluang. Member semua satu kepala so plan main sebut je tup-tup semua on. So ape lagi kan. Pasal trip tu aku dah pernah share kat SINI, cuma post tu tergantung. Hahaha! Banyak wehh entry aku dalam draft, semua setengah-setengah je type. Bkn draft 2017 je ade, Draft dari 2012 kot. tiap taun banyak draft tu. malas nak cerita, bikin malu je. kahkahkah! Ade sape blogger macam aku tak..?

 Untuk Mac pulak, my favorite bulan! Sebabnya birthday aku bulan ni. Yang happy nye sebab kesayangan-kesayangan semua ada di sisi. Maybe? But i'm so happy. Tak perlu hadiah mahal-mahal. Cukup sekadar orang yang kita sayang ada kat sisi kita kan..? Kalau korang pun for sure nak macam tu jugak kan. =) *Sweet*

April!! This is the best, adventure, and sweet experience aku dapat bulan ni..! Pasa trip ni pun aku tak post out lagi. Nanti la k, kita throwback je la. haha! 29-30 April 2017, aku dan 3 orang member aku join Ekspedisi " The Malaysia Book Of Records", Program Pendakian dan Perkhemahan Dengan Menggunakan Hammock Paling Ramai". Fuhh gila panjang nama program! Kitorang berjaya sampai ke Puncak Bukit Sadok tu, walaupun banyak halangan, cabaran masa tu. Dengan semua beginner. Eh, beginner ke. Ahaha. Syukur sangat, semua member aku baik-baik, jaga aku dengan penuh kasih sayang. Ceeewwahh! Oh by the way, aku sorang je pompuan dalam team ni tau. 3 orang lagi laki.Ni la pengalaman paling mencabar dan paling manang lah kata orang sabah! eh sabah ke? Brunei? eh? Ok, aku tak tauu! heeee.. Keluar je masuk ke bandar, message masuk mendadak dan aku dapat message yang agak menyedihkan. So, betul cakap orang, kalau dah terlebih happy tu, mesti ada yang akan buat kita nangis lepas tu. Yess memang betul, jadi kat aku time tu. Tapi biarlah menjadi rahsia aku k and ada someone jugak yang tahu sikit pasal tu. So, aku cuba positif. Ye, silap aku. Ermm. *Sedih plak ingat benda tu balik*

Mei pulak, trip ke JOGJA. Trip tu trip family je, so nak buat aktiviti lasak payah sikit sebab mak ayah aku ikut sekali. Plus adek perempuan aku tu bawak anak, baru 4 bulan weh! hehe. So, aktiviti mencabar tu, aku, abang aku, ipar aku and adek perempuan aku je ikut. Tu pun gi Gunung Merapi je. Sebab masa tak cukup. Yang lain aktiviti lek lek je. Pasal JOGJA ni pun aku tak pernah share kat blog jugak. Semua tak sempat weh! Bagi masa kat aku ok, i try. heeee! =D

 Ok, ape lagi ek..? Jun biasa-biasa je kot. Hari Raya je. Suram sikit bagi aku la. Ermm. Yang tu je kot yang manis? yang lain-lain banyak cerita sedih. Aku dan member rapat aku krisis besar, tak leh nak cakap macamna. Bukan ngan die je, dengan pakcik jugak lagi besar. Ya Allah, memang Allah nak uji sangat aku masa tu. Ok, macam sebak je nak flashback balik kejadian tu. So kita skip yang sedih tu k.

Untuk 2018 ni, so far ade beberapa resolution aku. Nak move on je. Let it go semua. Pass is pass kan.

My 2018 resolution is try to stop taking sweet drinks! Especially 3 in 1 tu. Actually aku susah nak buang la, nescafe memang aku addict gila. Setakat 10 hari dah ni, baru 2 kali je minum nescafe. 2 kali kopi. Yang selebihnya susu and koko or milo je. Nak try consume air kosong tapi aku susah nak telan. Aku cuba k. heee.

Next azam is nak kurus, tapi bukan mendadak la. It takes time. Plus aku masih dalam proses untuk sembuh sepenuhnya, so untuk aktiviti senaman ke ape aku stop dulu buat sementara. Sebab aku rasa skang ni gemuk gila. Nafas pun macam mengah je. Malas nak timbang takut meraung. hehe. Tapi memang terasa la berat tu. Baju-baju especially baju kurung kerja aku hampir 80% tak muat. ade berapa kerat je yang masuk kat badan. Body shape aku ni pear, so paham-paham la besar part mana. Susah weh, nak carik seluar. Drumstick sentiasa nampak. Hips dont lie. *ayat ni sapa tahu tu tahu la, yang tak tahu diam-diam je sudah* ehehheheeeehe

Next azam aku nak jadi yang lebih baik and lebih kuat daripada tahun-tahun lepas. Siapa kenal aku, mesti tahu aku macamnaa kan. Ye aku tak sekuat yang korang lihat, happy je all the time, suka senyum and ketawa terbahak-bahak, tapi hakikatnya banyak gila terpendam kat hati. Siapa yang rapat ngan aku, dorang tahu aku ni memang pemendam. Maybe sebab tu aku depressed teruk.2018 ni aku try to connect with good people jugak. Orang kata, kalau kita nak jadi baik, kene kawan dengan orang yang baik-baik. Kena banyak belajar benda-benda positif.

Azam seterusnya nak tinggalkan yang hitam dalam hidup 2017 tu dan bina hidup baru. Tak nak dah nak cepat give up, tak nak takut try sesuatu yang baru, taku dengan kegagalan. Yes itu semua sigat negatif yang ada dalam diri aku selama ni. Semua benda nak worry, semua benda nak give up, semua benda nak takut APA ORANG KATA. Tapi taun ni aku cuba be positive ok. Leave all the darkness tu and kalau ade yang kecam-kecam just ognore them. Buat happy je supaya lagi orang sakit hati. Kahkahkah!

ergghhh, aku rasa dah panjang sangat entry ni. Maybe nak undur diri dulu k. Kita jumpa next entry. Awal tahun ni boleh la nak blogwalking, sementara belum bizi teramat ni. Sementara dah dapat post entry, inshaallah ada la next entry tu nanti keh. Doakan aku. haaaahhhahahhahahahaha!!

 2018 PLEAASEEEE BE NICE TO ME!!!!!
Forget your past, forgive youself and MOVE ON tim!

mmuuahhhhciked kat korang yang baca ni.


2 comments

January 10, 2018 at 1:52 PM

Good luck untuk azam tahun baru ^^ happy new year! :)

January 11, 2018 at 1:45 PM

@Mizz'strawery Smile Thank you sis! =)

Post a Comment