Thursday, December 21, 2017

Tim & prolapse nya lagi..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak share sikit berkaitan kejadian beberapa hari lepas. Actually sebelum ni pernah terjadi jugak but after consume ubat itu ini, aku ok balik. But lately ni datang lagi la penyakit tu. Tanpa membuang masa, aku terus buat checkup kat Dr Patrick Ling di KPJ Sibu tu. Actually before ni memang deal dengan doktor ni je, idk why but dengar daripada orang jugak la yang he's one of the recommended pakar sakit puan kat sini. Waallahualam.

Ok, blogger laki takyah baca la ni kot. Tak penting sangat untok korang. But kalau korang ada bini satu ari nanti maybe korang akan tahu and akan ambik tahu. Tu pun KALAU AMBIK TAHU kan. huhu..

Nak dijadikan cerita, aku punya period bulan ni lain macam sikit. Gap antara the last period is only 12 days!! This is my 1st time jugak kena macam ni, then dia punya darah pun lain macam sikit. So, Tuesday lepas aku decide ke klinik tu  atas paksaan mak aku jugak untuk buat pemeriksaan. Yang penting aku taknak sorang-sorang, ok tengkiu mak! Actually tengah kopak time tu beb! Mana taknya tengah-tengah bulan plak tu, aritu pun gi outstation banyak pakai duit. Claim pulak tak sempat dibayar. Erkk.. WORST! Melayang jugak la RM 200.00 untuk pemeriksaan aritu! ~sigh~

Oh, back to the story tadi, aku TERPAKSA jugak discan untuk check keadaan rahim aku. Before this pun pernah prolapse and sakit dia ya ampun! Tak leh angkat. Kali ni sakit jugak sampai ke pinggang! Allah, tak tahu nak cakap. Masa scan tu doctor kata kantung rahim ok, cuma jatuh ke bawah dan menyebabkan pundi kencing tersekat. Something macam tula.. And darah aku tu dia kata bukan darah haid..! Eh dah tu darah ape plak kan. Doktor kata maybe hormon tak stabil. Aku cakap tu 1st time aku kena period yang paling cepat and 2 kali sebulan. Die suggest untuk aku makan ubat hormon selama 10 hari. 1 hari tu 4 biji utk 2 kali makan. *arini aku lupe so...* erkk...

Untuk pengetahuan korang, prolapse ni bukan saja terjadi kepada ibu yang sudah melahirkan anak, wanita yang belum berkahwin tidak terkecuali daripada mengalami masalah itu terutama dalam kalangan individu lasak dan sering melakukan kerja berat. But aku bukan la selasak mana pun. Skang ni pun memang dah kurang kot aktiviti lasak kecuali running and jogging je. Atas pelbagai faktor, ramai penghidapnya enggan bertemu doktor atau bidan terlatih kerana malu atau bimbang dengan prosedur rawatan dilakukan itu mungkin menyakitkan. Yes dulu aku malu! Tapi sebab terpaksa and sakit aku kena kuatkan hati jugak jmpa doktor. TERPAKSA weh! Even makan ubat pun terkeluorrr balik, hah, apetah lagi nak buat treatment itu ini.

Sebenarnya aku tak takut doktor tu. AKu takut kalau dah buat pemeriksaan nanti macam-macam penyakit pulak timbul. Haaa yang tu la buat aku maha risau. Gila tak risau..? And you know what, pendarahan aku aritu pun aku dah cuak sebab ada risiko untuk menghidap kanser ovari. Luluh beb, aku takut gila..!! Aritu aku sempat buat scanning rahim and bagi ubat 2 jenis je, clomid and hormon tu. Kalau still berlanjutan aku kene ke klinik tu lagi untuk pemeriksaan lanjut. Doktor cakap kalau buang general health screening tu diorang akan bagi untuk breast cancer and ovary cancer test jugak secara free. Cost dia RM 220.00! Ah, mana aku nak cedok duit time tu. SO aku hold dlu. Ada duit nanti kang aku buat. InshaAllah. Tak pun aku jual barang preloved dapatkan dana. Eh, boleh gitu? huhu. Tapi sumpah aku cuak weh. Aku cuak sebab takut result yang meluluhkan hati. So, aku cakap kat doktor aku nak mkan ubat je. Next time kalau dah berlarutan baru aku decide untuk buat screening cancer tu. Muka dah lain beb, even aku cakap kat mak aku pun time tu dia diam je. Dia je dapat teman aku ke klinik time tu sebab dia yang paksa. Ekekkeeke. Tengkiu mak! Tapi kan, mak aku cakap, takkan nak tunggu teruk baru nak gi berubat! huhu. Betul la jugak tu, kang tiba-tiba stage 4 kang alamak! :'(

kalau korang nak tahu, doktor tu cakap kadang kanser ovari tu tak leh nak detect pada fasa awal-awal ni. Tup-tup dah smpai stage 3 ke 4 camtu. Even ramai yang menggelar kanser ovari tu sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana kanser tu kan memang tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa wanita. Lebih menakutkan, sumber menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia. Ok, umor aku pun dah pertengahan abad, huhu! takuttt wehh!




 Ermm, sampai sini je dulu k. Nanti kalau ada masa, aku share simptom & pencegahan. Tapi bukan sumber aku tau, aku baca dulu and kaji. Kaji sangat uols. *Mata ke atas*

Dalam masa yang sama ni aku sedeh gila sebab dalam masa sakit ni jugak, semalam dapat panggilan daripada pengarah aku. BADNEWS weyhh!! Ape la malang sangat nasib aku ni asyik jadi mangsa keadaan je.. :'( *yang ni aku cerita kat next entry ok*

Assalammualaikum!

2 comments

December 22, 2017 at 10:39 AM

uish! ubat kena la makan.. jgn la skip!
hmmmm dia ada mcm sakit cyst ke?
or ni sama jer?

December 22, 2017 at 3:44 PM

@Atie Zieya cyst lain sis. Tak silap sis tu macam ketumbuhan kan? Prolapse ni rahim jatuh and kalau berlaku banyak pendarahan boleh menyebabkan kanser ovari.

Post a Comment