Wednesday, May 30, 2018

BERAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Berat untuk berubah, berat lagi untuk kekalkan. Waima berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ramadhan, membuka banyak jalan-jalan kebaikan.

Setiapnya ada ujian dan cabaran. Istiqamah hari ini untuk kemudian hari yang lebih baik.

p/s : aku tak da rasa nak raya pun.


Monday, May 28, 2018

Catatan Isnin yang Lemau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Tugas kita buat saja. Tunjuk saja jalan kebaikan. Tulis yang baik. Doa yang baik. Ucap yang baik.

Ada yang suka dan terima, syukur.

Bukan sebab mahu tayang kebaikan untuk dipuji apalagi dikeji. Selagi mana ia tidak bercanggah, buatlah untuk agama bangsa dan negara.

Di setiap kebuntuan pasti ada jalan keluar.

Morning Isnin yang lemau!

p/s : Petang ni ada appointment ngan doc lagi, last kot rasanya. Doakan aku okehhh.