Friday, December 28, 2018

Catatan Jumaat Terakhir 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum gaiss..
2018 hampir melabuhkan tirai nya tak lama lagi. Hari ni pun merupakan Jumaat yang terakhir. Alhamdulillah, masih sempat lagi bernafas di Bumi Allah ni.

Sebenarnya masih terkesan dengan beberapa tragedi Tsunami yang berlaku di Indonesia baru-baru ni. Banyak pengajaran aku pelajari dan ambil sebagai iktibar. Allhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita untuk bertaubat dan banyakkan lagi amalan. Sesungguhnya, aku pendosa yang ingin ke syurga.

Dengan Allah, bila kita buat jahat 1000 kali dan dengan sekali taubat nasuha, salah dan silap yang lepas tidak dikira dan taubat itu diterima. Bukan setakat taubat yang Allah terima, aib juga ditutup.

Baiknya Allah. :')

Tapi manusia, dengan 1000 kebaikan yang kita buat, tetapi 1 kesilapan atau keburukan dilakukan, yang 1 itulah akan dijaja dan kita akan dipandang hina sampai bila-bila. Aib kita di bukak sana sini.

Allahuu... :'(

Masih berlegar di kepala aku saat kena maki dan masih terkesan dengan kata-kata hinaan seorang hamba Allah ni. Sesungguhnya, aku mengaku sampai sekarang aku still tak boleh terima hinaan tu dan aku cuba lupakan je. Sepanjang tempoh tahun 2018 ni, banyak pahit manis jugak aku belajar. Belajar tentang mengenali perangai manusia yang tak pernah puas untuk dapatkan kesempurnaan. Bukankah Allah je yang sempurna di dunia ni kan..?

Maka, pandangan Allah atau makhluk yang kita nak utamakan?

Salam Jumaat terakhir gais.
Jangan lupa Kahfi dan perbanyakkan selawat.


🌷 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ , وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌷

1 comment

January 3, 2019 at 3:06 PM

happy new year 2019 =)

Post a Comment