Friday, September 21, 2018

Hebahan : Hari Bertemu Pelanggan JPA Secara MAYA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum gaiss..!

Unik kan topik hari ini. Hihi. Tiba-tiba rasa nak promosi sikit untuk rakan-rakan bloggers dan hebahan umum kepada yang bukan penjawat awam. Maybe lambat tahu pasal hebahan ni kan. Kalau penjawat awam memang dah sedia tahu la kot. Kalau yang alert lah, kalau yang tak alert tu cheq tak tauu la nak kata apaa.. Hahahahahah!!

Untuk makluman korang semua, hebahan arini bukan program jabatan aku tapi ia merupakan program pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dorang ni nanti akan mengadakan Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya! Rare kan? Biasa kita dengan Program bersama pelanggan je, pihak agensi akan bukak booth, kaunter and pameran what so ever tu la kan. So, now, disebabkan duni internet hanya di hujung jari sahaja, so pihak JPA mengambil inisiatif untuk mengadakan program bertemu pelanggan secara MAYA je! Bukan Maya Karin, Maya Matahari ke apa.. Tapi secara dalam talian. Senang cerita kita panggil e-Pelanggan je. Sila lihat banner di bawah untuk tarikh dan masa program ok. 



Program ini merupakan inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bertujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan dalam talian (online) ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas.  Pelanggan/ orang ramai boleh  berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.  Talian akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Actually ni bukan julung kali dibuat dah, program kali ni adalah bilangan yang ke 5 untuk tahun ni. Maybe tak ramai yang tahu kan..? Save the date cepat! Supaya dapat korang standby apa yang nak korang tanya nanti dengan pihak JPA.

Topik perbincangan adalah seperti berikut:

Cuti/Kemudahan
Tajaan
Peperiksaan
Pengiktirafan
Tatatertib
Elaun
Pencen
Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
HRMIS
Pertukaran
Naik Pangkat
Dasar Perkhidmatan
Transformasi Perkhidmatan Awam

Program ni bukan untuk penjawat awam sahaja tau. Nak share dengan kawan-kawan dan orang awam pun boleh. Semoga segala persoalan korang nanti terjawab la nanti. Ingat tau, 27 HARIBULAN!! Aku dah backlink kat kat situ, korang tinggal nak klik je.

Save siap-siap kat planner korang ok. Sekian, hebahan hari ini. Hihihi.

Love ya..!