Saturday, May 19, 2018

Salam Ramadhan 1439H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.
Hai semua blogger and stalkers!

Masuk hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Tak terlambat la jugak nak wish korang semua selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah, dah seminggu juga kita di bawah kerajaan yang baru. Syukur.. rakyat semakin bijak memilih. ☺️ Eh, undi adalah RAHSIA! Tahniah Tun M! Idolaku sejak zaman sekolah. Siapa ada buku “Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad “ kita geng!!! Hehe. Aku punya malay version. Yela, english aku kelaut, so aku beli yang malay version bagi cepat faham. Hehe!🤭 banyak info menarik pasal Tun M dalam tu. Ramai yang nak pinjam buku tu dulu tapi aku tapis jugak la. Sebabnya banyak buku aku yang dipinjam sukar untuk kembali kepangkuan. Haha. Nak tagih kang, takut buat muka pulak member. So demi menjaga ukhuwah tu aku ignore je la. Hehe. Sekali lagi, tahniah Tun M!

Alhamdulillah juga, DSAI juga telah dibebaskan setelah beberapa tahun terpisah dengan keluarga. Siapa yang follow kisah DSAI dari dulu tahu la bagaimana semangat beliau memperjuanhkan Reformasi. Eh tak nak cakap pasal politik banyak sangat. Nanti belog kite kene kecam. Hikk!

Apa pun, pendapat aku sebagai rakyat Malaysia, kita semua inginkan kemajuan, inginkan keadilan. Waima siapa dan apa jua yang mahu dilaksanakan, suara rakyat jugak perlu diambil kira, perlu ditimbang, perlu didengari. Aku sebagai rakyat marhean mahukan yang baik baik saja.
Sesungguhnya, KARMA itu pasti. Wallahualam, apa yang jadi hanya mereka yang tahu. Sebgai rakyat malaysia, hubungan antara kaum itu yang penting bagi aku. Risau jugak aritu kot terjadinya lagi peristiwa 13 Mei. Nauzubillah, mintak jauh jauh la benda yang tak elok. Seram makk!!
Terima kasih jugak kepada mantan Perdana Menteri DSN atas sumbangan dan jasa beliau selama memegang jawatan PM. Aku tak nafikan, kerap beliau turun ke sarawak ketika beliau menjadi PM. Ada beberapa tempat telah dibangunkan, UTC & RTC untuk kami ni memang sangat berguna. Cuma dari segi ketirisan itu bukan tugas kami untuk menghukum. Biarlah pihak atasan yang mengaturnya. Agak terkilan bila baca macam2 komen hinaan dan kata-kata yang tak sepatutnya diucapkan kepada beliau. Kita manusia memang tak lari dari kesilapan. Walaupun aku bukan penyokong tegar BN or DSN, tapi hak untuk dihormati adalah hak semua. Ye aku bukan orang politik nak cakap benda macam ni. Tapi sekurang-kurangnya jaga bahasa dan adab. Kita tak tahu anak cucu kita nanti macamna kan.

sesungguhnya ramalan  aku benar belaka, kerajaan PH akan menerajui Malaysia, cuma sasaran aku tersasar untuk negeri sarawak. Hehe. Isu PRU lepas menyedarkan aku bahawa jangan terlalu selesa di kedudukan sedia ada. Ada ketika kita akan jatuh juga nanti. Hidup kita ni kan roda uolss..

Apa pun hidup juga perlu diteruskan. Panjang lagi Ramadhan ini untuk kita memohon keampunan pada Yang Maha Esa. Aku doakan agar pintu hatiku yang hampir tertutup ini juga mampu dilembutkan dengan doa. Semoga Allah terima taubatku, taubat orang2 sekeliling ku, dan lindungilah orang orang yang teraniaya.

Hadith Riwayat Al-Bukhari “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada ALlah swt, diampunkan dosa-dosa yang lalu.”

Salam 3 Ramadhan.

Tim.


4 comments

May 19, 2018 at 7:09 PM

Betul tu, hidup ni umpama roda kejap duk atas kejap duk bawah.. Lagi pun tak elok tinggal komen yang menghina, pendek kata kita kena respect.

May 20, 2018 at 1:59 AM

tak sangka pun kerajaan PH boleh menang, happy tak terkata :D

May 21, 2018 at 8:57 AM

@Erni Hasmiza lagi2 kita ni membawa imej islam. tp islam jugak yang banyak komen -ve tu.. =(

May 21, 2018 at 8:58 AM

@farhanna jafri alhamdulillah. rezeki kita juga tu. semoga baik2 je. =)

Post a Comment