Monday, August 8, 2016

Lari dari masalah..??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Apa pernah kau lari dari masalah.
Dan akhirnya kau fikir kau bebas?

Tapi sedang itu,
Tak lama.
Masalah yang sama datang kembali.
Mungkin hadir dalam bentuk yang lain.
Tapi persis sahaja.
Sama.

Kau lelah.
Lalu kau bertanya pada Tuhan.
Apa sebab ujian yang sama dia berikan.

Dan akhirnya kau sedar.
Tuhan itu mahu ajar kau.
Untuk bukan lari dari masalah.
Tapi menyelesaikan.

Lalu andai kata satu hari nanti.
Dia beri ujian yang sama.
Saat itu kau tak perlu lari lagi.
Tapi sudah bisa menyelesaikan.

Dan katakan pada aku ujian yang mana Dia beri buat melemahkan?

p/s : Salam Hari Isnin. Semoga tidak lemau. Eh..?