Friday, December 28, 2018

Catatan Jumaat Terakhir 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum gaiss..
2018 hampir melabuhkan tirai nya tak lama lagi. Hari ni pun merupakan Jumaat yang terakhir. Alhamdulillah, masih sempat lagi bernafas di Bumi Allah ni.

Sebenarnya masih terkesan dengan beberapa tragedi Tsunami yang berlaku di Indonesia baru-baru ni. Banyak pengajaran aku pelajari dan ambil sebagai iktibar. Allhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita untuk bertaubat dan banyakkan lagi amalan. Sesungguhnya, aku pendosa yang ingin ke syurga.

Dengan Allah, bila kita buat jahat 1000 kali dan dengan sekali taubat nasuha, salah dan silap yang lepas tidak dikira dan taubat itu diterima. Bukan setakat taubat yang Allah terima, aib juga ditutup.

Baiknya Allah. :')

Tapi manusia, dengan 1000 kebaikan yang kita buat, tetapi 1 kesilapan atau keburukan dilakukan, yang 1 itulah akan dijaja dan kita akan dipandang hina sampai bila-bila. Aib kita di bukak sana sini.

Allahuu... :'(

Masih berlegar di kepala aku saat kena maki dan masih terkesan dengan kata-kata hinaan seorang hamba Allah ni. Sesungguhnya, aku mengaku sampai sekarang aku still tak boleh terima hinaan tu dan aku cuba lupakan je. Sepanjang tempoh tahun 2018 ni, banyak pahit manis jugak aku belajar. Belajar tentang mengenali perangai manusia yang tak pernah puas untuk dapatkan kesempurnaan. Bukankah Allah je yang sempurna di dunia ni kan..?

Maka, pandangan Allah atau makhluk yang kita nak utamakan?

Salam Jumaat terakhir gais.
Jangan lupa Kahfi dan perbanyakkan selawat.


🌷 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ , وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌷

Tuesday, December 18, 2018

Throwback : Interview lagi dan lagi...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Haii gaiss..!
Almost 2 bulan tak bukak belog kan..?

So aku direct to the tajuk ni la ok.. Nak share sikit la pengalaman aku dalam bilik temuduga untuk Jawatan Penolong Pegawai Imigresen KP29 yang diadakan beberapa bulan yang lepas.

Haritu dapat rezeki untuk pergi ke peringkat temuduga pulak.
Yes, memang dah kerja tapi tak salah kita carik rezeki yang lain kan..?

Actually, aku isi ni suka-suka je. Nak cukupkan kuota 15 jawatan tu la.. Sebenarnya, dah tak mengharap dah nak dapat badan beruniform ni walaupun aku minat sangat-sangat. Aku tawar hati sejak dapat ujian untuk jawatan Inspektor tahun 2016 yang lepas. Aku all out nak dapatkan jawatan tu sebab cita-cita aku daripada kecik nak jadi polis. Yes polis! But if tak dapat jadi polis, aku teringin sangat nak kerja badan uniform yang lain terutamanya bidang penguatkuasaan. Jururawat tak minat pulak. Pelik! Aku sendiri pelik..! Bak kata kawan aku, jururawat tu pun badan beruniform jugak! Hehehe. aku sendiri tak tahu kenapa tak nak jadi jururawat. Aku nak jadi polis and badan uniform yang ade lasak-lasak sikit. Padan la dengan perangai lasak aku ni.




Eh, berbalik pada temuduga ni dulu. Actually, temuduga ni la paling singkat aku pernah attend! Sebab tu aku tak yakin aku akan dapat jawatan ni. Tapi takpe, maybe bukan rezeki. Sekadar nak ambil pengalaman temuduga dan peperiksaan online tu je dah memadai. Boleh jugak aku share kat korang kan..?

Antara soalan yang ditanya, 1st sekali adalah kenapa nak mintak jawatan ni..? And kenapa nak tukar skim S kepada KP..? Actually , aku kerja skim perkhidmatan Sosial (S) buat masa ni.  Lepas dia tanya tu dia pass kepada panel sebelah pulak. Panel tu cuma mintak aku jelaskan pendapat aku pasal integriti tapi dalam Bahasa Inggeris! Hah, mendapat la kau tim. Terkulat-kulat jugak la aku. Sebabnya, aku study more to isu-isu semasa yang ada kat negara kita sekarang. Even dalam english pun aku baca! TAPI sumpah satu pun soalan isu semasa tu masuk!! ARghhh, aku rasa nak meraung je kat dalam tu. Boleh la jugak aku jawab pasal fahaman aku tentang integriti tu cuma nak ke tak nak je dia terima jawapan aku tu. Pendapat aku, soalan dia bagi ni takda betul atau salah. As long as korang faham apa maksud integriti itu sendiri. Aku rasa dorang just nak tengok cara ko menjawab, keyakinan ko bercakap dan riak wajah ko cuak ke tak cuak je! Hahaha. Aku rasa lah..!

Untuk makluman korang, tak banyak mana pun pengambilan aritu. Sebab tu malas jugak nak mengharap. Kekosongan macam yang aku dah screenshotkat bawah ni. 221 kekosongan. Calon simpanan 100 je tu pun belum tentu dapat. Haha! Sebab tak silap aku sekarang ni untuk calon simpnanan tu ada tempoh tertentu. Kalau kata perjawatan tu dah cukup, so, bai bai je la korang.


Ok lah, sekian sajaa luahan hati aku. Geram sebab punyala korek apa isu semasa kat negara sekarang tapi satu ayat pasal isu pun tarakkkk! Aiyyooo..! Nak gelak ke nak nangess weehhhhhh!

Next entry aku nak share pasal Assessment yang aku attend baru-baru ni pulak. Tunggu ada masa la tauu...! Bizi yang amat nehh.. 😝😝😝😝

Oh, lupa nak ucap tahniah pada korang yang melepasi temuduga jawatan ni. Keje elok-elok tauu tauu tauu..! Daripada ribu riban orang yang memohon, korang ni lah yang bertuah! Bangga tak bangga tuu wehh..! Kalau korang yang bertuah tu baca entry aku kali ni, say thank you la sikit kat komen wehhh.. haha! *Ade ke orang baca belog aku ni hah..* kahkahkah!

Aku sharing je tau pengalaman aku ni. Jangan korang nak samakan pengalaman korang pulak. Lain orang lain pengalaman, lain ujian hidup, lain cabarannya. Nak share, komen je kat bawah ni ok. 

Ok gaiss, love u all..! Ok baiiii...!